• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / 2 Minit Yang Sangat Bernilai

2 Minit Yang Sangat Bernilai

10 April 2019 by sarena 4 Comments

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Fuhh, ayat ini betul-betul menangkap hati dan perasaan. Siapa yang dapat menghayatinya, pasti akan bergenang air dalam kelopak matanya,

Banyak perkara yang kita boleh kaitkan untuk menghuraikan tentang masa. Masa tetap terus berdetik tak kira kita berada dalam apa jua keadaan.

Kita hanya mampu menguruskan masa samada untuk perkara baik atau sebaliknya namun tidak mampu untuk menghentikan peredaran masa walau sesaat.

Masa yang telah berlalu dan bersifat manis pasti akan dirindui momen-momen itu. Masa yang bersifat perit, getir dan penuh onak duri, jadikan lah sebagai pengajaran dan teladan dalam hidup.

Masa senang kita akan dikelilingi ramai orang, masa susah tanpa sedar seorang demi seorang akan meninggalkan kita. Ehh, betul ke tu? Betul lah jika kita seorang yang degil tidak mahu berubah, orang tak akan menunggu kita.

Bila kita sibuk dengan urusan kerja dan rutin harian, 2 minit pun sangat bernilai untuk kita uruskan dan manfaatkan sebaik mungkin. Jangan sia-siakan masa yang ada terutama ketika menunggu sesuatu.

Bila kita terlalu lapang, seolah banyak masa terluang, mula lah kita akan lebihkan dengan perkara melalaikan. Bosan, nak buat apa ini? Mungkin itu persoalan yang muncul di minda kita.

Bagaimanapun cara dan kaedah kita uruskan masa seharian kita, ia berkadar langsung dengan dengan produktiviti atas apa yang kita sedang usahakan.

Orang yang berjaya pasti dapat uruskan masa dengan baik dan bijak. Orang yang belum berjaya tentunya belum lagi boleh memanfaatkan masa dengan sebaiknya. Masih banyak selang masa yang tidak diisi dengan perkara yang sepatutnya.

Terlalu sibuk mengisi masa dengan kerja harian sehingga mengabaikan kewajipan melaksanakan suruhannya contohnya solat 5 waktu pun sangat tidak baik. Jatuh berdosa pula. Minta dijauhkan dari perkara yang dimurkai.

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Kita adalah apa yang kita mahukan dalam hidup. Jangan sesekali berkata kita tiada masa kerana dalam sehari, Allah mengurniakan 24 jam pada seluruh umat manusia.

Tidak ada seorang pun yang dapat lebih dan dapat kurang datipada 24 jam. Selalu bersyukur untuk setiap detik yang kita alami samada baik atau sebaliknya.

Kak Rena bukanlah siapa-siapa pun untuk menghurai tentang masa ini. Dengan sedikit pengalaman berada dalam bidang jualan dan pemasaran ini, banyak perkara yang kak Rena pelajari tentang urus masa seharian.

First thing first memberi panduan bagaimana kita mahu mengutamakan sesuatu perkara dalam satu selang masa yang terhad. Membezakan mana perkara yang penting dan mana perkara yang perlu disegerakan menjadikan kita lebih menghargai masa yang ada.

Sedikit TIPS MENGURUS MASA buat semua yang sudi singgah blog kak Rena

πŸ“ Tetapkan matlamat yang jelas dalam hidup.

Mempunyai matlamat yang jelas sangat penting untuk kita tentukan apa yang kita mahukan dalam hidup kita. Tiada matlamat daam hidup memjadikan kita buat sesuatu perkara tanpa arah tujuan.


πŸ“ Buat to-do-list

Bila terlalu banyak perkara yang perlu kita laksanakan dalam rutin harian kita, kita cenderung untuk terupa atau terlepas pandang. Mempraktikkan buat senarai tugas akan menjadikan tugasan dapat dilakukan dengan jayanya.

πŸ“ Mengenalpasti perkara keutamaan vs perkara penting.

Part ini sangat penting supaya gerak kerja harian kita dapat berlangsung dengan lebih produktif mengikut keutamaan yang bersesuaian dengan situasi semasa. Ia juga dapat membantu menghasilkan output yang lebih efektif dan efisyen.

πŸ“ Tetapkan had masa

Menetapkan had masa juga penting agar kita tidak terleka melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti. Ini bagi mengelakkan kita membazir masa yang ada.

πŸ“ Elakkan bertangguh.

Habit suka bertangguh sangat tidak bagus. Sekali bertangguh akan menyebabkan kita makin seronok untuk bertangguh. Bila kita dah senaraikan tugas apa yang perlu dilakukan, lakukan sehingga selesai dalam selang masa yang sepatutnya.

Sekian perkongsian dari Kak Rena tentang masa. Semoga bermanfaat. ❀️

Artikel menarik untuk anda:

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Menyambung kisah Wanita dan Kerjaya tempoh hari, suka kak Rena mengupas lebih dalam tentang topik ini. Al maklum kak Rena pun…... Baca selanjutnya »

Penggunaan Mesin Pengering Baju (Dryer) Dapat Menjimatkan Masa 20 Minit. Benarkah Ia?

Penggunaan Mesin Pengering Baju (Dryer) Dapat Menjimatkan Masa 20 Minit. Benarkah Ia?

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendakNya. Tengah breakfast ker tu? Jangan lupa Kak Rena…... Baca selanjutnya »

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Daripada entry kak Rena sebelum ini, kak Rena ada menyentuh kenapa kita perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup adalah sangat…... Baca selanjutnya »

Review: Bawang Goreng Ranggup Yang Sedap

Review: Bawang Goreng Ranggup Yang Sedap

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.Hari ini suka Kak Rena untuk berkongsi suatu yang sangat sedap, ranggup dan tak menyesal membeli…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, Demi masa, tentang masa, tips urus masa, topik urus masa

Previous Post: « Review: Bawang Goreng Ranggup Yang Sedap
Next Post: Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli. »

Reader Interactions

Comments

  1. Sally

    10 April 2019 at 12:28 pm

    Perkongsian yang mantap

    Reply
  2. Sabrijati

    10 April 2019 at 6:40 pm

    Terima kasih kak rena atas perkongsian yang mantap. Saya akan sentiasa berusaha menjadi diri yang lebih baik dari semalam.

    Reply
  3. KakNis

    10 April 2019 at 7:15 pm

    Bertangguh memudaratkan. Tq keknaπŸ₯°

    Reply
  4. gadisgenit

    12 April 2019 at 9:56 am

    Pengisian yang membuka mata dan fikiran saya. In shaa Allah akan usaha lebih baik dalam pengurusan masa.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme