• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

26 March 2019 by sarena 4 Comments

Daripada entry kak Rena sebelum ini, kak Rena ada menyentuh kenapa kita perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup adalah sangat berkait rapat dengan impian hidup. Impian hidup bila kita mengimpikan sesuatu dalam hidup kita, namun belum lagi tercapai.

KENAPA IMPIAN BELUM TERCAPAI

Ada banyak faktor yang menyebabkan perkara atau sesuatu yang kita impikan tak kunjung tiba dalam hidup kita. Antara yang utama adalah mungkin kita belum bertemu dengan platform yang benar-benar boleh memberi pendapatan yang sepatutnya demi nak merealisasikan impian kita itu.

Haaa, cer cuba semak betul-betul. Adakah pekerjaan yang kita laksanakan sekarang memberikan hasil yang setimpal dengan usaha kita. Jika Ya, alhamdulillah. Pasti terlaksana impian kalian dan keluarga. Namun jika tidak? Kalian lah yang perlu ambil tahu 4 perkara yang akan kak Rena kongsikan ini.

Okay, jangan kusut-kusut 😀. Setiap permasalahan pasti ada penyelesaiannya.

FANTASTIC 4 YANG MERUNGKAI KEKUSUTAN

Masih ramai daripada kita masih duk bertanya-tanya, “saya dah buat macam-macam bisnes, dah jual macam-macam benda namun duk macam itu jugaklah kehidupan saya. Buat makan ada, nak lebih sikit, tak ada!”

Okay, jangan risau ya kawan-kawan, jemput hadam 4 perkara ini yang perlu kita pertimbangkan untuk memilih platform bisnes atau bidang jualan demi merealisasikan impian dalam hidup kita.

  1. Syarikat: Syarikat yang kita cuba nak berbisnes atau melakukan jualan itu, adakah sudah stabil atau kukuh bertapak di Malaysia. Kenapa Malaysia? Kita kan nak mencari rezeki di Malaysia. Bukan hanya kukuh di negara lain.
  2. Produk: Barisan produk yang ditawarkan adalah memberi manfaat dan kebaikan kepada masyarakat. Bukan yang memberi mudaray kepada orang ramai. Bagusnya produk, makin besar peluang nak buat jualan.
  3. Plan Pendapatan: Kebiasaannya, bila syarikat kukuh, plan pendapatan juga lumayan. Namun jangan terkejut ada juga segelintir syarikat yang menawarkan plan pendapatan yang tak setimpal dengan usaha dan jenis produk untuk jualan. Semak betul-betul.
  4. Pasukan Jualan: Perkara ini antara yang sangat penting dalam kita memilih platform yang betul untuk mencapai impian hidup kita. Walaupun syarikat, produk dan plan pendapatan dah best namun pasukan jualan tak best, segala usaha gigih akan tersangkut. Jadi pilih pasukan jualan yang akan memberi sokongan padu pada setiap effort yang kita curahkan.
Champions team

SEMAK SEKALI LAGI

Bila dah kaji keempat-enpat perkara di atas, intai tengok juga sudah ramaikah yang dah berjaya di platform tersebut? Dah banyak buktikah berlaku “Life Changing” dari sudut kewangan dan impian hidup tercapai? Jika ya, jangan ragu-ragu lagi! Terus jalan ke depan tanpa toleh ke belakang. Jika tidak, intai-intai lagi peluang dan ruang yang perlu kita pertimbangkan.

Entry kak Rena kali ini dikhususkan untuk individu yang independence dalam hidup yang tak dapat elaun sara hidup dari mana-mana pihak. Yang memerlukan usaha gigih tahap dewa dari diri sendiri, bukan dari orang lain. Yang betul-betul mahukan perubahan dalam hidup.

Juga yang bukan dari keluarga ada ada yang mendapat sokongan kewangan dari PAMA (tak semua macam ni pun, kak Rena tau ramai yang rela usaha sendiri daripada mengharapkan bantuan mak ayah kan😀)

Bak kata salah sorang sifu kak Rena, kita nak tengok kehidupan kita berubah atau tidak, kita intai tengok kehidupan kita 5 tahun lalu. Sekiranya masih sama dengan sekarang, means kita perlu buat sesuatu dan dah perlu kena pilih platform yang betul untuk ikhtiar mencari pendapatan lebih demi mencapai sebuah impian yang kita impikan dalam hidup!

Akhir kata, there is no success without hardship. Man Jadda Waa Jadaa, sesiapa yang bersungguh, pasti dia akan mendapatkannya.

Semoga bermanfaat☺️

Artikel menarik untuk anda:

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Impian Tercapai Hanya Melalui Satu Platform

Impian Tercapai Hanya Melalui Satu Platform

BismillahirrahmaanirrahimAlhamdulillah, Syukur ke hadrat Ilahi di atas nikmat rezeki yang tak terhingga di bulan Ramadhan yang penuh berkat….... Baca selanjutnya »

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu.Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada yang sedang…... Baca selanjutnya »

Kerja Untuk Hidup VS Hidup Untuk Kerja

Kerja Untuk Hidup VS Hidup Untuk Kerja

Mengimbau detik awal perkenalan dengan suami kak Rena, beliau seorang yang tiada kerja tetap. Pernah jadi seorang cikgu ganti disamping jadi wireman…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: bangkit dari kegagalan, impian Hidup, life dreams, life goal, Tips Capai Impian Hidup

Previous Post: « Colmar Tropicale: Pencinta Alam Semulajadi Wajib Datang Sini.
Next Post: Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri

    12 April 2019 at 11:26 pm

    Padu perkongsian ni💪🏻

    Reply
    • sarena

      13 April 2019 at 9:44 am

      Alhamdulillah kak putri. Tahniah kerana memilih platform yang kita sama-sama berada sekarang ni ya. Keep smiling 😍

      Reply
  2. Enny

    13 April 2019 at 9:39 am

    Alhamdulillah saya dah pilih platform yang betul! Paling best sebab ada mentor yang hebat mcm Kak Na. 😘

    Reply
    • sarena

      13 April 2019 at 9:44 am

      Alhamdulillah sama-sama kita Enny. Kak Na pun banyak blaja dari Enny tauu. 😘

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme