• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / 7 Tabiat Untuk Berjaya

7 Tabiat Untuk Berjaya

16 June 2019 by sarena 5 Comments

Untuk mencapai sebuah kejayaan tidaklah susah mana sebenarnya. Namun untuk mengekalkannya adalah agak mencabar. Ramai yang boleh mencipta kejayaan dalam masa yang singkat, namun untuk konsisten berada dalam persekitaran kejayaan itu sangat sukar.

Ini kerana even dalam kehidupan pun ada pasang surut dan jatuh bangunnya. Apatah lagi dalam bidang yang kita ceburi. Jatuh bangun, sakit pedihnya nak mengekalkan sebuah kejayaan itu bukan suatu perkara mudah.

Malam ini kak Rena kongsikan 7 tabiat yang membolehkan seseorang dapat konsisten dalam sesuatu bidang yang diceburi demi mencapai kejayaan dan dapat mengekalkan kejayaan itu. Bunyinya seolah mustahil terutama buat seseorang yang suka “lompat bidang”.

  1. Belajar untuk menguruskan masa dengan bijak dan sebaiknya serta tidak sekali-kali membazirkan masa dengan perkara yang tidak berfaedah.
  2. Terapkan rasa ingin tahu dan ada kemahuan yang kuat untuk perkemaskan ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi. Ini perlu disertakan dengan tindakan yang sewajarnya. Belajar sahaja tanpa tindakan tak aci tauuu 😀
  3. Mempraktikkan “self-discipline” kerana setiap motivasi dan etika kerja sangat bergantung akan hal disiplin ini. Tanpa benda ni, agak sukar nak menuju kejayaan sebenar.
  4. Selalu follow the flow yang sebenar dalam kerja dan kehidupan. Juga lengkapkan apa jua tugasan yang telah kita mulakan.
  5. The power of giving! Mengamalkan nilai nilai murni yang membawa kepada keharmonian dalam masyarakat. Sikap saling tolong menolong baik dari segi wang ringgit mahupun tenaga dan masa kepada yang memerlukan antaranya.
  6. Selalu buat perkara yang betul dalam apa jua keadaan, bukan buat perkara yang hanya kita rasakan betul. Integriti menjadi periority untuk segala hal.
  7. Bila berjanji, wajib ditepati. Perkara ini sangat penting untuk menjaga krebiliti kita sebagai seorang yang professional dan memegang pada kata-kata. Jangan sekali kali berkata perkara yang bohong dan tidak benar. Jangan juga berkata perkara yang tidak baik dan kesat. Apa yang terkeluar dari mulut kita melambangkan keperibadian diri kita.

Semoga perkongsian ini memberi sedikit sebanyak idea dan panduan untuk kita mengenali antara tabiat orang-orang yang telah mengecapi kejayaan dan masih mengekalkan status kejayaan itu dengan baik. In sya Allah mudah mudahan, dengan usaha berterusan dan istiqomah dalam apa yang diikhtiarkan, kejayaan itu milik kita di dunia dan akhirat. Ameen.

Artikel menarik untuk anda:

Empat Perkara Penting Untuk Berjaya Dalam Bidang Jualan

Empat Perkara Penting Untuk Berjaya Dalam Bidang Jualan

Sebagai seorang Jurujual Professional, ada 4 perkara yang kita perlu uruskan dengan baik dan betul sepanjang perjalanan kita menuju…... Baca selanjutnya »

Malu Apa Bossku

Malu Apa Bossku

Malu adalah suatu perasaan yang hadir dalam diri seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi. Malu yang dimaksudkan boleh jadi perkara yang baik…... Baca selanjutnya »

Kerja Untuk Hidup VS Hidup Untuk Kerja

Kerja Untuk Hidup VS Hidup Untuk Kerja

Mengimbau detik awal perkenalan dengan suami kak Rena, beliau seorang yang tiada kerja tetap. Pernah jadi seorang cikgu ganti disamping jadi wireman…... Baca selanjutnya »

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Adakah kalian sekarang berkecimpung dalam bidang perniagaan atau lebih spesifik lagi dalam bidang jualan dan pemasaran? Jika ya, artikel ini untuk kalian….... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: Blog Kak Rena, Cerita kejayaan, kejayaan, tabiat orang berjaya, tabiat untuk berjaya

Previous Post: « Kemeriahan Raya Ke-11
Next Post: Makan Untuk Pengalaman & Kenangan »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri

    16 June 2019 at 11:46 pm

    Aamiin yra 🤲🏻

    Reply
  2. Sheera

    18 June 2019 at 8:03 pm

    🖒🖒🖒

    Reply
  3. Kamal Helmi

    6 July 2019 at 12:08 pm

    Hai kak SM, bila nak buat entry post terkini? Lama saya tunggu… 😁
    Kamal Helmi recently posted…Bagaimana Iklan Yang Menarik Itu Dapat Dipastikan?My Profile

    Reply
    • sarena

      21 July 2019 at 12:53 pm

      Hai hai top performer! Terima kasih sudi nak visit blog akak. Appreciate sangat. Done continue writing 😀

      Reply
  4. Kerja sendiri

    18 July 2019 at 4:48 am

    Kegagalan tak bermakna terus gagal. Bill Gates yang dah billionaire pun merasakan dirinya gagal sebab Microsoft kalah dengan Android sejak smartphone diperkenalkan.
    Kerja sendiri recently posted…Mahalnya Dekoder AstroMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme