Menyambung kisah percutian pendek kak Rena dan keluarga di Pulau Perhentian. Orang kata pergi pulau tak sah kalau tak buat aktiviti snorkelling. Kak Rena tak terer sangat ilmu-ilmu mendalam pasal snorkelling ni. Sekadar nak share pengalaman boleh la. Heheh
Snorkelling adalah aktiviti atau acara dalam laut yang memerlukan 2 alat utama yang perlu dipakai oleh sesiapa yang mahu beraktiviti ini. Alat yanh dimaksudkan adalah topeng penutup mata dan hidung + alat pernafasan dari dalam air laut serta jaket penyelamat. Rujuk gambar di bawah.
Ini kali kedua sebenarnya kak Rena mencoba-coba aktiviti snorkelling ni. Kali pertama semasa mengunjungi Pulau Redang. Haa, masa tu kekok yang amat. Kali ni kiranya terer lah skit. Hehehe. Siap boleh beri penerangan ringkas pada adik-adik kak Rena dan kanak-kanak riang sebelum mereka buat penerjunan rendah ke dalam laut.
Alhamdulillah cuaca elok di petang jumaat itu semalam membolehkan kami dapat meneruskan aktiviti snorkelling dengan jayanya. Jadinya lepas waktu solat Jumaat, kami semua ready untuk di bawa oleh bot yang ditempah khas untuk kami sekeluarga.
SNORKELLING SAMPAI LEBAM
Gembira sangat-sangat bila dapat beraktiviti bersama keluarga. Anak-anak excited sangat. Walaupun pada awalnya Amsyar beritahu tak mahu join snorkelling dengan muka yang agak serius.
Sekali bila dah nampak yang lain dah turun ke laut daripada bot, Amsyar pun excited nak turun sekali. Macam-macam aksi renang apungan dibuatnya. Rupanya Amsyar salah faham ingat snorkelling untuk macam menyelam ke dasar laut. Hahaha, hat ni kelakar! Alahaii anak.
Permulaan kami dibawa kena 2 checkpoint tepian pantai. Barangkali untuk testing menggunakan alatan snorkelling. Kemudian barulah di bawa ke bahagian laut dalam yang terdapat ikan-ikan cantik warna warni serta coral.
Kemudian kami di bawa ke tempat wujudnya air bukit dan tawar yang dipanggil Lata Air Berani. Air sangat jernih dan sejuk dan mengalir masuk ke dalam laut. Tempat ini adalah salah satu tarikan yang akan dikunjungi bila berada di Pulau Perhentian.
Terakhir, kami di bawa ke checkpoint penyu. Punyalah excited semua orang dapat teropong sang penyu tengah duk santai berehat di dasar laut. Tak bergerak dia. Tengah berfikir sesuatu mungkin. Hehehe
Tetiba datang sebuah bot lain, dan ada seseorang buat terjunan kuat dari bot menyebabkan sang penyu teekejut dan mulai berenang kuak lentang beredar dari situ. Sempat Amsyar & the geng konon-konon nak kejar penyu itu, namun ternyata penyu lagi expert dan laju berlalu pergi.
Bila malamnya, masing-masing tak henti duk bercerita sehingga tertidur kepenatan. Hihihi. Jenuh jugak nak mendengarnya. Macam-macam cerita kisah dalam lautan yang keluar.
GAMBAR KENANGAN BERADA DI PULAU
Orang kata, setiap moment yang kita lalui sekali sekala perlu di abadikan dalam gambar. Apapun gambar masa snorkelling tak der pun. Masing-masing tak punya kamera canggih macam Go Pro itu. Hehehe jadinya kita amik mana ada sahaja.
Dikongsikan gambar-gambar untuk kenang-kenangan di hari mendatang.
Bestnya. Dah lama nak pergi bercuti ke pulau. Harap lepas ini boleh pergi. Hehe.
Sabrijati recently posted…APALAH SUSAH SANGAT
best nya snorkling kak na. Cuma tengah dok imagine guane penyu berenang kuak lentang hehe.
Apa pun best pengalaman kakna di pulau ni..raso nak g teruh.