• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Amalan Murah Rezeki

Amalan Murah Rezeki

2 April 2019 by sarena 2 Comments

Assalamualaikum.

Entry kali ini suka kak Rena berkongsi untuk cerita berkenaan amalan murah rezeki. Topik ini biasanya sangat diperlukan oleh semua insan terutama yang berkecimpung dalam bidang perniagaan atau bidang jualan.

Ada hadis menyatakan bahawa 9 daripada 10 mata pencarian rezeki adalah daripada perniagaan. Meskipun begitu tak ramai yang berani nak menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bidang jualan.

Kak Rena memang salute abis pada yang kukuh bertahan dalam bidang bisnes. Juga kepada yang sanggup tukar kerja dari kerja makan gaji elok-elok kepada bidang perniagaan.

Berikut antara amalan—amalan yang pernah dikongsikan dengan kak Rena, ada juga yang kak Rena buat pembacaan daripada buku dan internet.

SOLAT DHUHA & TAHAJJUD

Melaksanakan solat sunat dhuha di waktu pagi dan solat tahajjud di malam hari sangat besar hikmahnya. Doa dhuha itu sendiri memberi makna yang sungguh indah betapa kita sebagai hambaNya perlu memohon bantuan dan pertolongan dengan Allah di atas apa yang kita usahakan.

BERSEDEKAH

Tidak akan miskin seseorang itu dengan bersedekah. Kak Rena selalu teringatkan kata-kata ini bahawa bersedekah kerana Allah akan menggandakan lagi perniagaan dan jualan yang kita usahakan. Subhanallah.

TIDAK MENDERHAKA PADA IBUBAPA

Part ini betul-betul kena jaga, jangan sekali kali menyakiti hati orang tua kita. Selalu minta restu atas apa yang kita usahakan. Selalu gembirakan hati orang tua. Membalas jasa orang tua selagi mereka masih ada bersama kita.

SELALU MENDOAKAN ORANG LAIN

Setiap kali selepas solat fardhu, jangan lupa untuk mendoakan kesejahteraan orang sekeliling kita selain mendoakan untuk ibubapa kita. Sangat besar pahala dan ganjarannya bila kita mendoakan orang lain.

MEMBERI MAKANAN PADA KUCING

Hat ni pun sangat-sangat terkesan. Selalu standby makanan kucing di rumah dan dalam kereta supaya bila kita ternampak kucing terbiar kita berpeluang memberi makan pada ia.

BACA SURAH AL WAQIAH

Amalkan membaca surah Al Waqiah bila ada saja kelapangan . Sebaiknya bacalah setiap kali selepas solat sunat dhuha. Antara surah lain yang patut di amalkan adalah surah Al Mulk, Surah Al Fath, Surah Luqman dan SurahnAl Kahfi.

MURAH SENYUMAN

Bila berada dalam bidang perniagaan atau jualan, sangat perlu kita menjaga emosi kita sebaiknya. Oleh itu, wajah kita kena selalu manis dengan senyum walaupun kita berada dalam keadaan yang amat sukar.

MEMAAFKAN KESALAHAN ORANG SEBELUM TIDUR

Part ini agak sukar dilakukan sebenarnya bagi sesetengah orang, namun percayalah, dengan memaafkan kesalahan orang lain terhadap kita, kita akan merasa sangat tenang. Tiada dendam dan amarah terpendam membuat hati kita menjadi lebih lapang.

MENJADI INSAN YANG DISENANGI

Sangat-sangat perlu untuk menjadi seorang yang disenangi oleh orang lain tak kira peringkat umur. Cuba sehabis baik untuk elakkan diri kita menjadi permasalahan dalam kelompok orang-orang yang kita kenali.

BASAHKAN LIDAH DENGAN ZIKRULLAH

Ada masa terluang, selalu basahkan lidah kita dengan menyebut dan memuji kebesaran Allah SWT. Berselawat 10 kali di waktu pagi dan 10 kali di waktu malam pun sangat besar ganjaran dan hikmahnya.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua orang membaca entry kak Rena ini. Semua yang kak Rena kongsikan ini sebenarnya sebagai pelincir kepada setiap usaha yang kita curahkan dalam kerja kita. Man Jadda WaJadaa, Barangsiapa yang bersungguh-sungguh, dia akan mendapatkannya. Wallahuallam.


Artikel menarik untuk anda:

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Adakah kalian sekarang berkecimpung dalam bidang perniagaan atau lebih spesifik lagi dalam bidang jualan dan pemasaran? Jika ya, artikel ini untuk kalian….... Baca selanjutnya »

Hakikat Rezeki Dalam Sebuah Kehidupan

Hakikat Rezeki Dalam Sebuah Kehidupan

Assalamualaikun & Salam Jumaat Penuh Keberkatan,Alhamdulillah pagi ini Kak Rena ingin berkongsi sesuatu mengenai rezeki. Sesungguhnya rezeki Allah…... Baca selanjutnya »

Manusia, ilmu dan amalan

Manusia, ilmu dan amalan

Assalamualaikum dan selamat hari Sabtu.Terpanggil kak Rena untuk berkongsi pendapat tentang manusia (kita semua), ilmu (pengetahuan yang kita…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: Amalan murah rezeki, bidang perniagaan dan jualan, Blog Kak Rena, tips murah rezeki

Previous Post: « Anak Kerap Sakit Dan Demam, Ibu Ayah Susah Hati
Next Post: Cerita Kejayaan »

Reader Interactions

Comments

  1. Sabrijati

    2 April 2019 at 11:58 pm

    Alhamdulillah terima kasih kak rena atas perkongsian hebat ini šŸ˜

    Reply
  2. Shira

    9 April 2019 at 10:22 am

    Terbaikk kak na

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme