Anak adalah anugerah terindah buat pasangan suami isteri di muka bumi ini. Sejak mendapat berita kehamilan, pasangan suami isteri pasti merasa sungguh gembira. Apatah lagi bila si anak selamat dilahirkan. Anak-anak dijaga dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Beruntungnya la kan.
Namun ada juga segelintir ibubapa mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak. Di biarkan anak-anak kelaparan, Dipukul diherdik di kecam dan macam-macam kes lagi berlaku dalam masyarakat kita. Allahuu, minta dijauhkan dari sifat sedemikian.
Dalam entry kali ini, kak Rena ingin berkongsi keperluan asas yang seringkali para ibubapa terlepas pandang. Ianya berkaitan dengan keperluan air minum bersih dan tulen serta udara dalam rumah yang bersih dan segar.
Pernah dengar kan, anak-anak kita atau saudara kita atau jiran kita atau anak kawan kita yang kerap sangat sakit. Ini tak masuk yang memang ada sakit kritikal ya. Ini kita ambil kira yang kejap sihat kejap sakit atau demam atau selsema atau batuk dan sebagainya.
Jika anak-anak kalian kerap sakit atau demam, pasti susah hati sangat kan. Cuba cek balik air minum atau air untuk bancuhan susu anak-anak. Sungguh kesian sekiranya kita sebagai ibubapa atau penjaga kepada anak-anak kecil, memberi mereka air yang tidak bertapis.
Kita orang dewasa tak pa lah, dah tak effect sangat. Dan jangan sekali-kali membandingkan air paip dahulu kala dengan air paip sekarang. Sangat tidak sama. Air paip sekarang dipenuhi dengan kotoran nampak dan tidak nampak yang bakal memudaratkan anggota dalam badan kita terutamanya buah pinggang.
Kebanyakan ibubapa lebih rela membawa anak-anak ke klinik terlalu kerap, menjaga makan ubat anak-anak yang kadang-kadang ada ter-missed, daripada menjaga & mencukupkan keperluan asas. Kesian kan? Padahal punca-puncanya sudah jelas dan ketara.
Begitu juga dengan keadaan persekitaran udara dalam rumah yang ramai sangat belum nampak keperluan penggunaan alat penulen udara yang membantu membersihkan udara dari segala kotoran udara yang tak nampak dek mata kasar. Sebenarnya, keadaan udara tercemar inilah penyebab kepada batuk, selsema, alergi kulit dan sebagainya.
APA YANG PERLU DIBUAT?
Sebagai ibubapa yang bertanggungjawab menjaga dan membesarkan anak-anak, sangat perlu ibubapa menyediakan keperluan asas iaitu air dan udara bersih, tulen dan segar buat mereka.
Apa? Tak cukup bajet nak sediakan keperluan tersebut? Fuhhh, cepat-cepat semak 4 perkara berikut;
- Adakah si ayah merokok? Berapa kotak sehari? Berapa duit dibelanjakan untuk rokok dalam sebulan?
- Adakah kalian melanggan rancangan TV berbayar? Jika ya, berapakah bayaran bulanan yang kalian belanjakan?
- Kalian bekerja makan gaji atau bekerja sendiri, pastinya ada lebihan wang untuk belanjakan sesuatu demi kebaikan anak-anak.
- Adakah kalian suka berbelanja barangan branded untuk “lifestyle”, apa salahnya peruntukan sedikit bajet untuk keperluan asas kalian sekeluarga.
Semoga bermanfaat berkongsian dari kak Rena kali ini. Assalamualaikum & Salam Sejahtera.☺️
Kalau anak sakit mmg x tido mlm la kita. Terutamanya mak2 kan…