Bila kita mahu mencapai sesuatu dalam hidup, kita perlulah berani membuat perkara yang boleh jadi kita takut nak lakukannya atau kita segan dan malu sangat hendak melakukannya.
Bak kata orang-orang yang dah berjaya, bila kita mahukan sesuatu yang belum pernah kita dapat dalam hidup kita, maka kita perlu melakukan sesuatu yang tak pernah kita buat. Asalkan sesuatu yang akan kita lakukan itu baik dan tidak menyalahi undang-undang.
Bercakap tentang ketakutan, kebetulannya kak Rena terbaca sikit-sikit kisah pakar motivasi dunia Mr. Nick Vujicic yang berasal dari New Zealand. Beliau dilahirkan tanpa kedua-dua belah kaki dan tangan. Bila baca kisah bagaimana penerimaan keluarga tentangnya agak touching.
Apa tak nya, mak ayahnya sendiri merasakan seolah beliau tiada harapan untuk berjaya seperti mana orang normal. Apatah lagi keluarga mereka yang seolah tidak dapat menerima kekurangan yang ada padanya.
Namun semua berubah bila orang tuanya mulai menyedari dan menerima hakikat itu. Mereka mula meniup semangat pada Nick Vujicic untuk teruskan hidup sebagaimana orang normal. Siapa yang tak sayangkan anak kan?
Pelbagai aktiviti harian dan kemahiran baru dipelajari tanpa batasan. Nick Vujicic mengabaikan sesiapa sahaja yang memandang rendah serta mengata padanya. Pada dia hidup perlu diteruskan dan beliau perlu buktikan pada dunia dia mampu berjaya dalam kehidupannya.
Kini Nick Vujicic menjadi inspirasi dan idola pada lebih jutaan manusia bila mana beliau memberanikan diri untuk tampil dikhalayak ramai memberi kata-kata perangsang dan motivasi hidup buat yang memerlukan.
Ternyata usaha beliau diterima sangat baik dan mulai diundang untuk memberi ucapan perkongsian bermanfaat buat pelbagai kaum dari pelbagai negara. Di ceritakan lebih 57 buah negara Nick Vujicic berkunjung untuk hasrat murni beliau menyampaikan perkongsian bermanfaat tentang keberanian & impian hidup.
Antara kata-kata yang cukup memberi inspirasi kepada jutaan manusia yang pernah di sentuh samada melalui ucapan atau buku beliau adalah “no arms no legs no fear”. Aduh duh duh! Dalam sungguh maksudnya itu.
Menurut Nick ramai orang normal dicacatkan oleh perasaan takut yang terlampau dalam diri untuk tampil berjuang mengharungi cabaran dan ujian demi mencapai matlamat dan impian dalam hidup.
Perasaan takut gagal, takut buat silap, takut mencipta komitmen dan juga takut pada sebuah kejayaan. Walaupun begitu ramai sangat nak berjaya namun sangat takut nak melalui proses menuju kejayaan itu.
Mana ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan. Dalam entry cerita kejayaan yang lepas memberitahu banyak kisah tentang sebuah kejayaan. Untuk mencapainya kita mestilah mengatasi rasa takut, rasa malu dan segan untuk melalukan sesuatu yang boleh membawa kepada kejayaan.
Dikesempatan ini kak Rena kongsikan 2 jenis ketakutan yang perlu ada dan tak perlu dalam diri kita.
Ketakutan yang perlu ada; FEAR OF LOSS iaitu ketakutan yang hadir dalam diri bila kita risau akan kehilangan atau kekurangan sesuatu. Takut jenis ini bagus dan positif bila mana ia akan menolak kita untuk terus berusaha gigih dalam memcapai matlamat dan impian dalam hidup kita.
Ketakutan yang tidak patut ada dalam diri; WHAT IF FEARS iaitu terlalu banyak berfikir untuk melakukan sesuatu yang baik pada orang yang berjaya, namun belum nampak bagus padanya. Contohnya keraguan yang menguasi diri dengan terkeluarnya soalan-soalan sebegini dalam minda dan hati;
- Apa jadi jika aku gagal
- Apa jadi jika aku tak cukup bagus
- Apa nak buat jika ramai yang akan ketawakan aku
- Apa buat buat jika aku jatuh
- Apa akan jadi jika aku tak berjaya konsisten berjaya
Haaa… macam-macam keraguan mulai menguasai diri kan? Jadinya, seperti yang selalu kak Rena sebut, kita adalah apa yang kita fikirkan. Pilihan di tangan kita sendiri. Tiada betul tiada salah. Keputusan pun kita sendiri yang akan buat.
Bila kita nak maju dalam kehidupan kita, atasi ketakutan yang tak bagus itu. Sesungguhnya ketakutan itu hanya bersifat sementara. Once kita dah bermula dan kita konsisten amalkan, lama-lama kita pun dah terlupa apa itu ketakutan.
Pada sahabat kak Rena yang berkecimpung dalam bidang jualan, perkara yang kak Rena kenalpasti yang paling ditakuti adalah untuk bertemu dan bercakap dengan orang tentang produk yang kita bawa serta nak buat panggilan telefon untuk tujuan yang seakan sama.
Hehehe, konsep yang hampir sama, takut dan malu tak akan membawa kita ke mana-mana pun. Takut dan malu akan menghalang kita untuk maju dan berjaya seperti orang-orang yang dah berjaya.
Mahu mencapai kejayaan dalam hidup, atasi lah ketakutan itu. Practice Make Perfect.💪🏻
Leave a Reply