Kisahnya tahun lepas merancang untuk buat surprise kat Abah hadiahkan sebuah kereta keluaran perodua model Axia. Sebelum tu ada lah terdengar-tengar Abah mahukan sebuah Axia buat back up kereta sedia ada yang beliau beli masa dapat wang pencen.
KENAPA AXIA?
Axia adalah sebuah kereta yang sangat comel. Selain sangat menjimatkan petrol, ianya mudah di bawa ke mana-mana. Memandangkan jalan nak masuk ke rumah Abah agak sempit dan semput, saiz axia paling sesuai untuk kegunaan harian.
Dari segi pemilihan warna, kak Rena dan adik beradik memilih warna biru kelabu camtu. Dah lupa nama sebenar kod warnanya. Namun kaler ini tak mudah nampak kotor bila agak lama kereta tak sempat di basuh. Hehehe.
Plat number pula, kak Rena pilih negeri selangor yang bermula huruf B. Dan nombornya kak Rena tempah bersempena nombor kereta pertama kak Rena pada tahun 2004 yang lalu iaitu kereta second hand wira sedan ber plat penang PDC 3886.
Kereta ini sangat banyak jasanya untuk zaman struggle kak Rena dan suami masa mula-mula nak bina kehidupan di awal perlahwinan kami dahulu. Walaupun kereta wira itu telah pun di letgo dengan rasa berat hati, kenangan nombor plat tetap diabadikan dalam beberapa buah kereta susulan hasil perkembangan ekonomi rumah tangga kami. Alhamdulillah.
Berbalik semula kisah axia untuk abah sebagai gula-gula kecil dari seorang anak ini, kak na sangat genbira dapat merealisasikan hasrat abah untuk dapat kereta baru. Walaupun hanya sebuah axia, Abah tetap sangat gembira.
Tanggal 31 December 2018 yang lalu, setelah melalui pelbagai kesukaran nak approve loan kak Rena (al maklum komitmen dah banyak sangat ketika itu) finally berjaya jugak bawak balik axia yang dipandu oleh kakak kak Rena menuju rumah abah tanpa pengetahuan abah pun.
Hihihi, cuak jugak Abah awalnya dengan cerita rekaan snatai bagitau abah menang lucky draw. Bila Abah dapat tahu perkara sebenar, kelihatannya Abah seakan sebak, dan ketika itu ada baiknya kak Rena berdar jauh skit dikhuatiri berlaku kejatuhan air mata syahdu. Hihihu. Kak Rena bukan buleh… pelakon air mata sungguh!
Semoga kisah yang kak Rena kongsikan malam ini dapat memberi inspirasi kecil buat semua anak yang mahu berjasa kepada orang tua selagi ada hayat mereka di dunia ini. Tanpa mereka, siapalah kita kannn. Jadi teruskan usaha memcapai “financial freedom” untuk memberi dengan lebih pada orang-orang yang kita sayang,
Leave a Reply