• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Sales Tips / Beza Jualan Dan Pemasaran

Beza Jualan Dan Pemasaran

29 April 2019 by sarena 2 Comments

Jualan atau dalam bahasa omputeh nya adalah Sale. Di mana berlaku urusniaga jual beli antara jurujual dan pembeli. Urusan jual beli ini boleh jadi untuk produk fizikal atau servis. Biasanya akan berlaku tawar menawar semasa urusniaga berlangsung.

Pemasaran pula dalam bahasa omputehnya adalah marketing. Ia berkaitan dengan aktiviti menyebarkan maklumat dan promosi tentang sesuatu produk itu melalui medium-medium tertentu. Aktiviti pemasaran boleh berlaku di mana-mana secara online atau offline.

PERKAITAN PEMASARAN & JUALAN

Pemasaran dan jualan saling berkait antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan. Tanpa aktiviti pemasaran yang berkesan, jualan akan sediikit sendu dan suram.

Kenapa ya? Kerana hanya melalui aktiviti pemasaran jenis produk dan promosi yang sedang berlangsung dapat disebarkan kepada target market yang berkaitan dengan produk. Ini secara tak langsung dapat memaklumkan pada masyarakat kewujudan sebuah bisnes atau jualan.

Aktiviti pemasaran tanpa ada urusniaga berjualan juga hanya akan jadi perkara sia-sia. Kerana tiada motif untuk menyebarkan tentang sesuatu. Kiranya jualan boleh berlaku tanpa pemasaran yang meluas. Namun boleh nampak dengan ketara bahwa urusniaga jualan tidak rancak bakal berlaku.

Oleh yang demikian, bila kita ada produk untuk dijual samada produk fizikal atau servis, aktiviti pemasaran sangat penting dilakukan secara meluas dan berkesan. Baru lah kita mudah dikenali ramai dan masyarakat mulai akan menghubungi kita untuk membuat pembelian.

PRODUK SEBAGAI PENYELESAIAN KEPADA MASALAH

Sekiranya kita berada dalam bidang jualan. Dan produk yang kita bawa dapat menyelesaikan masalah spesifik dalam kehidupan seseorang, aktiviti pemasaran perlu dijalankan secara besar-besaran untuk menaikkan jualan harian, mingguan, bulanan dan tahunan.

Walaubagaimanapun, kita pun perlu kreatif dalam menghasilkan pelan pemasaran agar kita dapat menarik lebih ramai orang tertarik dengan apa yang kita tawarkan.

Jangan sesekali untuk “overpromised” dalam ayat pemasaran kita bagi mengelakan kita di kecam oleh masyarakat. Berlaku jujur dan hanya sebutkan perkara benar dalam ayat pemasaran yang dihasilkan.

Pengguna sekarang makin bijak. Jujur dan amanah serta integriti sangat-sangat diperlukan dalam diri seseorang yang terlibat dengan bidang perniagaan yang dijalankan atau yang akan dibangunkan.

Sekiranya ada sedang terlibat dengan bidang jualan, pemasaran untuk diri sendiri boleh menjadi keutamaan. Orang membeli kebanyakkannya disebabkan oleh kita bukan produk pun, asalkan produk itu terbukti dapat menyelesaikan masalah mereka.

Semoga entry ini bermanfaat buat kawan-kawan yang berkecimpung dalam bidang jualan, pemasaran dan perniagaan. Wallahuallam.

Artikel menarik untuk anda:

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Adakah kalian sekarang berkecimpung dalam bidang perniagaan atau lebih spesifik lagi dalam bidang jualan dan pemasaran? Jika ya, artikel ini untuk kalian….... Baca selanjutnya »

Hold The Vision, Trust The Process

Hold The Vision, Trust The Process

Setiap orang pastinya ada misi dan visi yang nak dicapai dalam hidup. Namun dalam nak mencapai misi dan visi tersebut,…... Baca selanjutnya »

Malu Apa Bossku

Malu Apa Bossku

Malu adalah suatu perasaan yang hadir dalam diri seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi. Malu yang dimaksudkan boleh jadi perkara yang baik…... Baca selanjutnya »

Empat Perkara Penting Untuk Berjaya Dalam Bidang Jualan

Empat Perkara Penting Untuk Berjaya Dalam Bidang Jualan

Sebagai seorang Jurujual Professional, ada 4 perkara yang kita perlu uruskan dengan baik dan betul sepanjang perjalanan kita menuju…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Sales Tips, Umum Tagged With: bidang perniagaan dan jualan, Blog Kak Rena, jualan dan pemasaran, sales & marketing, sales tips

Previous Post: « Kangaroo Si Comel dan Jinak
Next Post: Kisah Perjuangan »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri

    29 April 2019 at 10:18 pm

    Terbaik explanation dari SM Sarena❤️

    Reply
  2. Sheera

    30 April 2019 at 10:38 am

    🖒🖒🖒

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 Kak Rena on the Foodie Pro Theme