Anak adalah anugerah terindah yang dikurniakan oleh yang Maha Esa buat pasangan suami isteri. Mendirikan rumah tangga pada tahun 2005, kak Rena dan suami dikurniakan 3 orang cahaya mata semua lelaki.
Anak sulung kini telah pun mencecah umur 14 tahun sudah. Cepat sungguh masa berlalu. Anak yang kedua pula beza 3 tahun dari abangnya yang kini berumur 11 tahun. Kedua-dua Abam Shakir dan Rayyan ini kelihatannya sama besar sudah.
Abam Shakir yang bam bam
Saiz baju dan kasut pun hampir sama. Minat pun seakan sama. Berbeza sungguh dengan si bongsu Amsyar yang bezanya hanya 2 tahun dari abang Rayyan. Karakter Amsyar pun sangat berbeza dari abang-abangnya.
Sejak dari bayi, orang kata anak lelaki kuat betul menyusu. Asyik kelaparan mereka ni. Hihihi. Apa nak buat, Ami dan seluruh ibu kat dunia ni sanggup berkorban apa sahaja demi nak membesarkan anak kecil mereka.
Seandainya mereka di uji masalah kesihatan macam demam dan sakit apa-apa sahaja, ibubapa antara orang yang paling risau. Sehinggakan sanggup bersengkang mata tak boleh nak lelap mata. Haaa bila mereka dah meningkat remaja, baru lena tidur Ami dan seluruh mama kat dunia ni.
Walaubagaimanapun, ada jugak anak-anak kecil yang tidak bernasib baik di layan tidak baik, di dera serta hadapi pelbagai penderitaan. Fuhh, kak Rena hairan betul, bagaimana tergamaknya ibu atau bapa kandung sanggup melakukan sedemikian rupa.
Sayu hati mendengarkan berita dari corong radio dan televisyen tentang macam-macam kes kezaliman yang melibatkan kanak-kanak. Semoga menjadi iktibar buat semua ibu bapa semua. Ramai lagi pasangan yang berkahwin teringinkan nak ada anak namun belum ada rezeki. Yang ada anak melayan anak-anak tidak baik pula.
Pengalaman membesarkan anak di depan mata saban hari menjadi kenangan dan saat paling manis untuk diingati terutama pada seorang ibu. Walaupun kekadang ibu bakal bertukar menjadi singa lapar, namun ianya sekejap cuma. Bila keadaan tegang jadi reda, keakraban dan kasih sayang tetap utuh terjalin.
Dalam dunia yang serba mahal dan mencabar, sangat perlu para ibu bapa berusaha gigih memperbaiki faktor ekonomi keluarga demi kehidupan yang lebh baik dan sempurna. Deni anak-anak, penat sikit pun tak mengapa.
Sempena nak raya lagi 2 hari ni, kak Rena bersyukur sangat dapat layankan kehendak anak bujang 3 beradik ni sekali sekala. Kami dahulunya pernah hidup dalam serba kekurangan, apa salahnya berbelanja sikit buat mereka. Sebagai tanda terima kasih kerana memahami kerja Ami dan Ayah selama ini.
Apapun syukur selalu atas nikmat rezeki yang Allah berikan. Semoga kita menjadi hambaNya yang sentiasa mengingatiNya dan menjalani suruhanNya dengan sebaik mungkin. In sya Allah mudah-mudahan.
Leave a Reply