Selamat petang, tengah buat apa itu? Eh tengah baca entry kak Rena la kan? Hihi
Kak Rena sebenarnya dalam perjalanan menuju ke KLIA untuk menghantar mak mertua yang akan balik ke Kota Baru bersama anak & menantu yang baru pagi tadi sampai Malaysia dari mengerjakan ibadah umrah. Alhamdulillah selamat semuanya.
Plan asal sebaik lepas asal nak bertolak dari Taman Wahyu, tapi gitu lah. Setel itu ini dan kni itu, maka terlewatlah bertolak tadi. Fuhh, so bila dah bertolak dalam pukul 5.30 macam tu kot, kami pilih untuk masuk highway DUKE + Plus (NKVE).
Sepanjang jalan start dari tol jalan duta sampailah menghampiri transit ke KLIA sebelum exit Bukit Jelutong Shah Alam, jem yang amat. Fuhh. Perasaan macam nak masuk gear terbang. Namun sayangnya tak der gear tu.
Dengan keadaan hujan yang agak lebat, nasib baiklah jalan makin ok sehingga la menghampiri exit Saujana Putra ia kembali jem. Oh jem jem jem. Dalam perut dah tak sedap hati, hanya mampu berdoa moga sempat lah sampai.
Mujur kak Rena hanya jadi co-pilot dan pilot kat sebelah ni coool saja gayanya. Cuma sesekali dia nak belek henpon, kak Rena cuma minta fokuskan pemanduan sebab kami in a rush. (Cewaah ccakap oram putehs skit)😄
Kesian pula pada mek (panggilan untuk mak mertua kak Rena) andai terlepas flight. Adik ipar dan biras dah sedia menunggu di aiport. Jam 7.30 petang dah kena check in. Fuhh, suspen aihhh.
Haaa.. semasa perenggan ini (jam 7.15 malam), alhamdulillah kami selamat sampai KLIA. Suka sangat si kecik Qisha tu bertemu mata dengan mama & papa setelah 11 hari berpisah. Alaahhhaiii comel sungguh, Qisha very good girl.
Semoga mereka semua selamat sampai ke Kota Bharu. Pilot kak Rena tengah pegi parking kereta dulu. Perkara-perkara yang melibat tiket flight atau bas atau apa-apa, memang suspen dan tak boleh nak buat main-main. Mau senak perut selagi tak sampai pada waktu yang sepatutnya.
Apapun, hubungan kekeluargaan ini ibaratnya air dicincang tak akan putus. Saling kasih mengasihi selagi ada hayat dikandung badan.
Leave a Reply