Artikel kali ini kak Rena khususkan untuk para mak-mak yang berkerja dan mempunyai masa yang sangat terhad bila berada di dapur. Rata-rata yang berkecimpung dalam kerjaya jualan akan mulai jarang dapurnya berasap disebabkan sibuk yang teramat.
Jadinya hari ini Kak Rena suka nak berkongsi cara-cara memasak sebarang masakan dengan mudah dan cepat. Teknik ini kak Rena sendiri pun praktikkan. Sebab itulah dapat berkongsi dengan semua.
BORING SUDAH DENGAN MASAKAN KAT LUAR
Bila dah sibuk, tak sempat nak masak kat rumah. Jadinya ramai yang memilih untuk makan diluar. Kadang sebuah restoren tu dah macam dapur nombor dua dah. Order saja macam-macam jenis menu, dalam 15-20 minit dah siap terhidang.
Walaupun begitu, bila dah terlalu kerap mengunjungi restoren sama, datang lah rasa bosan juga. Rindu pulak dengan masakan sendiri kat rumah. Masak simple pun, dah sangat menyelerakan. Betul kan?
BAGAIMANA NAK MULA MEMASAK DALAM WAKTU TERHAD
Berikut kak Rena kongsikan situasi nak memasak bila waktu balik dari kerja ya. Cara-caranya begini;
- Masak nasi terlebih dahulu sebelum memulakan apa-apa masakan lauk pauk.
- Pilih untuk masak masakan yang perlukan masa yang lama terlebih dahulu. Contoh masakan: gulai, sup dan seumpamanya.
- Kemudian sambil-sambil susuli masak masakan yang sederhana ringkas & mudah. Contoh masakan: Ikan goreng, Daging goreng,
- Kemudian sambil-sambil susuli masak masakan paling ringkas, mudah dan cepat masak. Contoh masakan: Sayur goreng atau sup sayur, telur dadar dan seumpamanya.
- Gunakan masa terluang yang ada untuk menyediakan bahan-bahan masakan “on the spot”. Jangan tunggu masakan sebelumnya selesai baru nak mula untuk yang baru nak masak tauu.
- Gunakan masa yang ada untuk basuh peralatan masakan yang dah gunapakai dalam sinki, lap-lap apa patut dan kemas ruang dapur supaya bahagian dapur sentiasa sedap mata memandang. Jangan tunggu setel semua baru nak kemas.
TIPS ISTIMEWA SEMASA MEMASAK
🌼 Sebelum keluar pergi kerja belah pagi, pindahkan bahan beku ke bahagian bawah peti sejuk siap-siap.
🌼 Masak nasi menggunakan air panas yang ditapis sempurna. Nasi kompem cepat masak dan lambat nak basi.
🌼 Telefon bimbit jangan lupa bawa bersama ke bahagian dapur. Namun jangan letak berdekatan penunu dapur gas.
Sekian perkongsian kak Rena hari ini. Semoga bermanfaat buat para wanita yang bekerja diluar sana. Semoga bertemu lagi di lain masa.
Leave a Reply