• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Cerita Kejayaan

Cerita Kejayaan

3 April 2019 by sarena 6 Comments

Setiap orang mengimpikan sebuah kejayaan. Yang tak tahan tu terus mengharapkan kejayaan yang besar. Bukan ker kejayaan besar terhasil dari kejayaan-kejayaan kecil. Yang kejayaan kecil ini tak ramai sangat yang mahukannya. Hmm

Bila melihat kejayaan seseorang, maka ramailah yang tak lepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah dan sebagainya. Bagus tu! Kita turut gembira di atas kejayaan seseorang. Suatu sifat yang boleh dipuji dengan satu azam dalam diri kita pun mahu berjaya suatu hari nanti seperti mereka yang dah mencipta kejayaan.

Apapun, ada juga yang turut bergembira dengan kejayaan seseorang namun cepat sangat mengadili diri sendiri bahawa tak mungkin akan tercapai atau berjaya seperti yang lain.

Part ini susah nak kata, belum usaha apa-apa sudah di tarik bendera putih. Uh uh uh 😅. Jangan begitu ya, lihat peluang di setiap ruang sebelum kita judge sesuatu.

Ramai orang seronok tengok dan dengar cerita kejayaan namun tak pernah nak ambil cerita cerita di sebalik sebuah kejayaan. Bagaimana gigihnya mereka itu, perit dan sulitnya nak mendapatkan sesuatu. Berapa kali bangkit semula setelah jatuh tergolek-golek.

Kak Rena kongsikan diagram yang menggambarkan kesulitan dan keadaan struggle demi menghasilkan sebuah kejayaan itu. Ini pun kak Rena amik dari google, kredit buat tuan empunya diagram ini ya.

Haaa, setelah melihatkan diagram ini, pastinya kita dapat bayangkan sesuatu bahawasanya bukan mudah nak mencipta sebuah kejayaan itu. Namun tak susah untuk mengusahakannya sampai jadi.

Selagi ada hayat, kesihatan yang baik, masih waras akal & fikiran, cukup sifat anggota badan dan ada kemahuan yang kuat untuk berjaya! Tiada yang mustahil melainkan tak berapa nak mahu berjaya seperti mana orang-orang yang dah berjaya. Jangan cakap tak ada masa ya! No no ni😀

Ada 3 hal yang perlu kita benar-benar tahu untuk mencapai sebuah kejayaan kecil sebagai permulaan kemudian beralih pada kejayaan besar.

PERCAYA PADA DIRI SENDIRI

Renung dan pandang dalam pada diri kita melalui cermin, katakan pada diri kita mampu buat sebagaimana orang lain mampu juga. Cuma nak kena sentiasa kuat dan kental melawan diri dari ujian, cabaran dan dugaan yang bakal mendatang.

PERCAYA PADA REZEKI ALLAH

Siapa kita untuk menafikan sesuatu yang bukan di bawah kawalan kita. Siapa kita nak meramalkan masa depan. Kita adalah apa yang boleh kita usahakan pada masa kini. Selebihnya buat Dia yang Berkuasa menentukan semua.

Kiranya kita buat part kita selebihnya tawakkal pada Dia yang Maha Esa. Doa Usaha Ikhtiar Tawakkal (DUIT). Kan kita dibekalkan dengan amalan murah rezeki untuk support setiap usaha yang kita laksanakan. Hanya percaya pada rezeki dari Allah Taala.

PERCAYA PADA PLATFORM KITA BERADA

Part ini pun sangat-sangat dan sangat penting supaya kita tak salah pilih platform. Kita boleh mencuba mana-mana platform untuk kutip pengalaman serta mencari rentak sebagai permulaan kepada perjalanan untuk sebuah kejayaan.

Namun bila kita cuba buat, kata kejayaan kecil pun sukar nak di capai apatah lagi kejayaan besar. Jadi bila kita dah kenalpasti platform tersebut tak dapat penuhi impian hidup kita, lekas-lekas cari peluang lain yang dah terbukti ramai orang telah mencipta kejayaan.

Bukak balik perkongsian kak Rena cara nak memilih platform sebagai jalan untuk kita merealisasikan impian hidup seterusnya mencapai kejayan kecil dan besar dalam hidup kita.

KESIMPULAN

Semoga kita semua tidak tergolong dalam kalangan orang yang berada dalam comfort zone. Islam pun menggalakkan umatnya untuk sentiasa memperbaiki kehidupan kepada yang lebih baik dari masa ke semasa asalkan tidak meninggalkan suruhannya dan meninggalkan larangannya.

Sekian perkongsian dari kak Rena. Semoga bermanfaat pada semua pembaca yang sudi menyinggah kat blog Kak Rena ini. Terima kasih kak Rena ucapkan. ☺️

Artikel menarik untuk anda:

Atasi Ketakutan Itu

Atasi Ketakutan Itu

Bila kita mahu mencapai sesuatu dalam hidup, kita perlulah berani membuat perkara yang boleh jadi kita takut nak lakukannya atau kita segan…... Baca selanjutnya »

Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan

Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan

Setiap daripada kita tahu dan sedar bahawasanya usaha gigih adalah tangga sebuah kejayaan. Namun tak semua orang sanggup meletakkan usaha yang sepatutnya…... Baca selanjutnya »

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Daripada entry kak Rena sebelum ini, kak Rena ada menyentuh kenapa kita perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup adalah sangat…... Baca selanjutnya »

Amalan Murah Rezeki

Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum.Entry kali ini suka kak Rena berkongsi untuk cerita berkenaan amalan murah rezeki. Topik ini biasanya sangat diperlukan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, cerita disebalik kejayaan, Cerita kejayaan, kisah kejayaan

Previous Post: « Amalan Murah Rezeki
Next Post: Kedai Emas Sahabat Karib Para Wanita? »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri Zain

    3 April 2019 at 8:39 am

    Betul tu SM, kejayaan bukan terjadi dengan sendirinya dan bukan juga mudah..biasanya manusia selalu berkata kau boleh lah kau berkarisma dan boleh berjaya tapi orang tak tahu apa yang kita pernah lalui dan sedang lalui.Pahit getir suka dan duka sebelum kita mencapai sesuatu kejayaan itu hanya kita yang merasai nya.Dalam kita berusaha untuk mencapai kejayaan kita juga harus menempuh segala ranjau onak dan juga duri.

    Reply
  2. Sabrijati

    3 April 2019 at 11:43 am

    Terbaik kak rena. Semoga sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan jihad ekonomi ke arah yang lebih baik.

    Reply
  3. Sally

    3 April 2019 at 2:47 pm

    Well done my dear sister. Am proud of you..you have worked hard all your life and now you have gained your success💪💪💪..Alhamdulillah

    Reply
  4. dayang

    4 April 2019 at 12:20 am

    alhamdulillah terbaik kita kena selalu impikan kejayaan demi kejayaan terima kasih atas perkongsian ini cik na

    Reply
  5. Enny Sani

    4 April 2019 at 8:05 pm

    Semoga Allah bagi saya hati yang tabah dan kuat macam Kak Na.

    Reply
  6. Shara

    11 April 2019 at 6:57 pm

    Alhamdulillah, terbaik kak Rena..semoga sentiasa Dalam lindungan Allah SWT. Aminnn

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme