Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.
Terpanggil kak Rena untuk berkongsi cerita teladan daripda kisah Cik Cinderella melalui movie yang ditayangkan pada Jumaat malam yang lalu di TV3. Sambil membalut buku Amsyar kak Rena layan Movie ni. Lama rasanya tak menonton TV kat rumah.
Sebut Cinderella, teringat zaman kanak-kanak dulu memang minat yang amat ngan kisah dia melalui buku cerita dan cerita kartun. Tak sangka 2, 3 tahun lalu pihak Disney ada keluarkan filem Cinderella dengan watak dan lakonan yang betul.
Kisah Cinderella ini memang menjadi kegilaan ramai terutama zaman dahulu kala tahun 90-an macam tu. Banyak kisah pengajaran daripada cerita ini.
Mengisahkan seorang anak yang kehilangan ibunya akibat sakit. Sebelum ibubya menghembuskan nafas terakhir, pesanan utama dari ibu adalah “Have Courage £ Be Kind” yang bermaksud dalam hidup kita mesti berani dan berbuat baik sentiasa.
Kesan daripada pesanan dari ibu tercinta itulah membuat Cinderella kekal kuat menghadapi segala ujian dan dugaan yang mendatang dalam hidupnya. Kehadiran mak tiri dan adik beradik tiri betul-betul membuatkan menguji kesabarannya.
Paling menyedihkan bila bapanya turut dikhabarkan meninggal dunia ketika keluar mengembara. Bertambah parah Cinderella dibuli oleh keluarga tirinya. Macam-macam bentuk penganiayaan yang terpaksa diterima, namun Cinderella tetap melayan keluarga tiri dengan baik dan mesra.
Bak kata pepatah “ Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”. Dalam bersedih Cinderella bertemu dengan putera raja yang disangka hanya askar diraja ketika berjalan-jalan melepaskan kepenatan dan kesedihan di kawasan hutan bersama kudanya.
Pertemuan itu akhirnya membawa kepada pengakhiran yang menggembirakan walaupun sebelum itu macam-macam kesulitan terpaksa di hadapi oleh Cinderella.
Begitu jugalah dalam hidup kita. Dikala kita ditimpa ujian kesusahan atau kesulitan, sabar dahulu. Jangan banyak mengeluh, komplen sana sini.
Tempuhi dengan hati yang lapang dan percaya suatu hari nanti sinar pelangi bakal muncul bila kita menjadikan kebaikan dan usaha gigih sebagai landasan kepada perubahan kehidupan.
Semoga cerita ini terus menerus memberi inspirasi kepada yang memerlukan.
memang banyak pengajaran dalam kisah ni, setiap yang sabar dan terus berusaha, pasti akan dapat hasil yang menggembirakan.
Semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan.
Blogger Tua recently posted…Menulis untuk saham akhirat