Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Entry kali ini kak Rena ingin berkongsi keunikan pusat peranginan Colmar Tropicale yang mirip salah sebuah perkampungan di Negara Perancis. Selain ia berada di kawasan tanah tinggi, Colmar Tropicale dikelilingi dengan hutan tropika yang hijau memukau.
Sedikit sejarah pembinaan pusat peranginan Colmar Tropicale, ia di bina pada tahun 2000 apabila tercetus idea daripada Perdana Menteri Malaysia ke-4 ketika itu.
Idea ini kemudian menjadi inspirasi kepada Tan Sri Vincent Tan, pengasas Berjaya Corporation untuk membina replika peninggalkan sejarah 3 buah perkampungan iaitu Riquewihr, Turckheim dan Kaysersberg. Ketiga-tiga buah perkampungan ini terletak di utara timur Alsace, Perancis.
Para pencinta alam semulajadi pasti menyukai Colmar Tropicale dengan keindahan flora dan fauna yang menghiasi kawasan sekeliling. Terdapat juga pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung-pengunjung baik untuk yang bermalam atau sebaliknya.
TARIKAN UTAMA
Antara tarikan rekreasi di kawasan sekitar yang disediakan adalah seperti Rabbit Park, Japanese Village, Horse Riding, Botanical Garden dan pelbagai acara sukan santai & lasak. Shuttle bus disediakan untuk kemudahan pengangkutan ke tempat rekreasi tersebut.
Alhamdulillah, kak Rena dan keluarga pun baru sahaja mengunjungi Colmar Tropicale untuk 1 malam penginapan. Itupun adhoc punya percutian yang tak dirancang namun terjadi tepat pada masanya bila ia jatuh pada musim cuti sekolah.
Kami sekeluarga memang seronok sebab sukakan pemandangan yang indah. Ramai yang tertanya-tanya cuaca di atas bukit ni macam mana? Untuk makluman, cuaca macam biasa saja suhunya cuma diwaktu malam agak kedinginan.
MAKANAN & RESTOREN
Di Colmar Tropicale, kalian jangan risau part makan-makan. Memang banyak pilihan daripada menu melayu sampailah pada menu antarabangsa termasuk menu dari negara Perancis sendiri.
Untuk dinner kami pilih buffet barbeku (dah lupa nama apa) yang terletak di depan blok bilik kami. Banyak pilihan yang sedap sangat dengan harga yang berpatutan. Breakfast pun kat tempat sama yang dah include dalam harga bilik penginapan.
Dan ini antara nama-nama restoren yang menyediakan ala cart menu;
- La Cigogne – French Restaurant
- La Blason – Makanan Malaysia & International
- La Flamme – Italian Restaurant
- Le Poulet Roti – Makanan sampingan seperti mufin dan roti.
- La Boulangerie – French bakery & pastries
- Le Vin – Frech Pub style food & snacks
- Ryo Zan Tei – Japanese Restaurant
Haaa tudiaa terbelit-belit lidah nak menyebutnya. Pendek kata pilihan makanan memang banyak kat atas sana. Room service menu pun ada buat yang tak tahan lapar pada lewat malam. Tinggal nak standby duit jaa untuk dibayar lepas dah order. Hehehe
PILIHAN BILIK PENGINAPAN
Tudia macam-macam pilihan bilik dan suites yang ada. Disebabkan last minute punya perancangan, kami sekeluarga pilih yang mana available sahaja sebagai tambahan 1 bilik. Nasib baik harga yang ditawarkan termasuk buffet untuk breakfast.
Lawa, cantik dan bersih untuk kedua-dua bilik yang kami tempah. Overall kami memang berpuas hati dengan layanan para staff yang bertugas, kemudahan dan semua yang berkait dengan Colmar Tropicale ni.
Memang dah lama sangat menginginkan datang sini, namun masa dan waktu sangat tidak mengizinkan. Bila dah datang, waah rasa teruja sangat dan terasa nak repeat bersama keluarga besar kak Rena di masa akan datang.
Semoga membantu memberi maklumat pada semua yang tengah usha2 info berkenaan Colmar Tropicale. Sekian, sehingga bertemu di lain entry.
Harga camna rena
Harga serendah RM 200 untuk 1 malam ikut promosi dari agency hotel atas talian (ehh, skema pulak ngan pak kas 😅). Kak Rena biasa suka bandingkan harga kat 3 laman web ini, Trivago, Booking.Com & Agoda.
Semoga membantu.