• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Dari Wanita Kepada Wanita

Dari Wanita Kepada Wanita

25 April 2019 by sarena Leave a Comment

Hujung minggu yang lalu, kak Rena dan keluarga meluangkan sedikit masa di Alor setar Kedah untuk suatu program yang kami namakan dengan Tamparan Wanita. Haa, sebab inilah kami menginap di Hotel Royale Signature untuk satu malam.

Program ini sememangnya dikhususkan hanya untuk para wanita sahaja. Geng gentleman boleh ada kejap sebelum program bermula sahaja dan kembali semula bila program hampir tamat. Betul-betul tamparan wanita ni. Hehehe

Ini kalu pertama program seumpama ini di adakan sejak kak Rena berkecimpung dalam bidang dan kerjaya kami ini. Alhamdulillah sambutan sangat luar biasa. Hampir semua memberi respon yang bagus ketika berlangsungnya program.

Kami juga ada selitkan sessi wawancara dan alunan muzikal yang menangkap dalam jiwa senada dengan topik yang dikongsikan.

Sessi pertama kak Rena memfokus kepada wawancara bersama seorang wanita hebat yang berjaya menangani segala ujian dan dugaan demi mencapai hasrat dan impian dalam hidup.


Untuk sessi kedua pula, ianya lebih kepada perkongsian hati ke hati perjalanan kak Rena dalam kerjaya kak Rena ini dan bagaimana ia boleh mengubah 360 darjah kehidupan kak Rena sekeluarga.

Kak Rena juga ada kongsikan PAKEJ WANITA BESI yang perlu ada dalam diri seorang wanita dalam mencapai impian hidup walau dalam apa kesulitan yang dihadapi. Haaa, part ini kak Rena kongsikan dalam entry yang lain noh!😀

Sessi merungkai segala cabaran dalam hidup, by Cik Puan Sarah.

Overall, rasa seronok sangat dapat berkongsi bersama-sama dalam program seperti ini. Yang bestnya juga, sebelum program bermula, semua wanita di berikan dengan sekuntum mawar merah dan sepaket tisu.

Huk huk, sangat berguna dikala bahagian touching yang tak boleh nak tahan air mata dari keluar. Itulah uniknya wanita, kadang-kadang air mata yang mengalir telah disalah anggap wanita itu beremosi lebih.

Sedangkan pada ketika itu juga terkumpulnya kekuatan luar biasa sebagai bekal mengharungi segala macam ujian dan cabaran dalam hidup. Keep Strong Wanita!!!

Sempat meraikan sambutan hari lahir bulan April
Haaa, tamat sudah

Artikel menarik untuk anda:

Wanita dan Kerjaya

Wanita dan Kerjaya

Manusia adalah sebaik-sebaik kejadian yang Allah ciptakan sebagai penghuni di muka bumi yang sementara ini. Dan wanita pula, kejadian asalnya…... Baca selanjutnya »

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Menyambung kisah Wanita dan Kerjaya tempoh hari, suka kak Rena mengupas lebih dalam tentang topik ini. Al maklum kak Rena pun…... Baca selanjutnya »

Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan

Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan

Setiap daripada kita tahu dan sedar bahawasanya usaha gigih adalah tangga sebuah kejayaan. Namun tak semua orang sanggup meletakkan usaha yang sepatutnya…... Baca selanjutnya »

Pakej Wanita Besi

Pakej Wanita Besi

Wanita besi adalah panggilan buat seorang wanita yang kuat jiwa dan raga serta kuat fizikal dan mental. Mereka adalah wanita yang tak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, kisah wanita, wanita besi, wanita dan cabaran, wanita dan keluarga, wanita dan kerjaya

Previous Post: « Biarpun Tak Banyak Bintang
Next Post: Teladan Dari Kisah Sekumpulan Katak »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme