• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Family / Daripada Pizza Kepada Kuew Tiaw Goreng

Daripada Pizza Kepada Kuew Tiaw Goreng

19 March 2019 by sarena 3 Comments

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Al kisah petang semalam masa dalam perjalanan menuju ke tempat transit Amsyar (adiknya), Rayyan anak no 2 kak Rena memberitahu kelasnya ada jamuan esok hari. Pagi ini lah kiranya.

Rayyan pun request lah nak pizza untuk jamuan kelas tu. Kak Rena pun bagitau lah kan mana nak carik Pizza pagi-pagi hari gitu. Atau kak Rena yang tak tahu ada jual pizza di pagi hari. Amboiii pizza yang dia request nohhh😄. Kalau Ami nak masak, ohhh sangat mustahil!

Kemudian dengan spontan kak Rena cadangkan pada Rayyan, “haa, apa kata Ami masak apa-apa untuk Rayyan pagi esok”. Rayyan nampaknya happy dengan cadangan itu. Kami pun beli lah apa patut bahan mentah kebetulan kawasan berdekatan situ ada pasar malam.

Haaa, dan pagi ini jadi terlebih sibuk sikit lah Rena duk bersilat kat dapur menyiapkan kuew tiaw goreng ni haa. Goreng simple simple jer. Janji nampak rupa kuew tiaw.

Antara bahan yang kak Rena gunakan adalah bawang putih dan merah besar, isi ayam, fish cake, ada udang sikit, cili boh sikit, sos tiram, kicap dan sayir sawi. Bila dah masak, kasi tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng.

Taraaa.. siap sudah!

Bila dah nampak kaler elok macam ni, si adik Amsyar pun request nak tapow jugak. Biasa budak kecik ni payah sikit nak bawak-bawak bekal. Pastu tetiba ter-offer kat Ayah pulak. Ehh, mau juga! Ok letak sikit sebab encik syuami kak Rena makan tak banyak.

Amsyar tak mahu nyee di tabur-tabur sesuatu untuk belas dia😅

Done! Siap bekal bekalan untuk hero-hero kak Rena. Semoga hari mereka penuh dengan keceriaan dan dilindungi dari segala perkara yang tidak diingini. Ameenn.

Dan ini sebahagian kecil untuk tukang masak di pagi hari. Boleh la buat alas perut awal sikit pagi ni. Bukan selalu kak Rena nak main masak-masak waktu awal pagi ini. Tapi bila ada peluang memang seronok!

Yummy!

Sedikit tips dari kak Rena bila berada di dapur, amalkan membasuh bahan-bahan mentah untuk masakan kita dengan air yang ditapis sempurna. Bukan apa, kita pun tahu keadaan sebenar air paip direct macam mana. Tak nampak sangat rupa karat, klorin pasti duk ada.

Menjadi tanggungjawab ibu bapa memberikan yang terbaik untuk anak-anak terutama soal kebersihan makanan dan minuman untuk anak-anak.

Maka, sekian sedikit perkongsian dari kak Rena pagi ini. Semoga bermanfaat untuk para ibu diluar sana☺️

Artikel menarik untuk anda:

Review: Bawang Goreng Ranggup Yang Sedap

Review: Bawang Goreng Ranggup Yang Sedap

Assalamualaikum, Salam Sejahtera.Hari ini suka Kak Rena untuk berkongsi suatu yang sangat sedap, ranggup dan tak menyesal membeli…... Baca selanjutnya »

Cara Memasak Yang Mudah Dan Cepat

Cara Memasak Yang Mudah Dan Cepat

Artikel kali ini kak Rena khususkan untuk para mak-mak yang berkerja dan mempunyai masa yang sangat terhad bila berada di dapur. Rata-rata…... Baca selanjutnya »

Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan

Setiap Usaha Gigih Pasti Membawa Kepada Kejayaan

Setiap daripada kita tahu dan sedar bahawasanya usaha gigih adalah tangga sebuah kejayaan. Namun tak semua orang sanggup meletakkan usaha yang sepatutnya…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Family, Masakan & Makan Tagged With: bekal sekolah anak, bila ibu yang masak, ibu dan anak, kasih seorang ibu, kuew tiaw goreng, masakan ibu, Pizza

Previous Post: « Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup
Next Post: Penggunaan Mesin Pengering Baju (Dryer) Dapat Menjimatkan Masa 20 Minit. Benarkah Ia? »

Reader Interactions

Comments

  1. Blogger Tua

    19 March 2019 at 8:44 am

    Anak-anak confirmlah suka kan bila maknya nak masakkan apa jenis pun hidangan. hehehe. nampak menyelerakan tu
    Blogger Tua recently posted…4 Langkah penting untuk menyiapkan artikel dalam masa yang singkatMy Profile

    Reply
    • Syam

      19 March 2019 at 10:58 pm

      Power k.na ni menulis sebenarnya 😊

      Reply
  2. gadisgenit

    20 March 2019 at 9:51 am

    nampak sedap kuey teow kak rena…Seronok anak-anak makan makanan dari air tangan ibunya.

    Tapi dalam entry ni saya belajar nego dengan anak dengan cara berhemah.

    Terima kasih kak na. Tak sabar nak baca next entry.
    gadisgenit recently posted…Jutaan purnamaMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2019 Kak Rena on the Foodie Pro Theme