Sebagai seorang Jurujual Professional, ada 4 perkara yang kita perlu uruskan dengan baik dan betul sepanjang perjalanan kita menuju kejayaan bersama platform yang kita ceburi, Suka kak Rena untuk berkongsi dengan kalian tentang empat perkara tersebut dalam entry kali ini.
1. Time Management
Urus masa dengan baik. Ini bermakna kita tahu membezakan mana tugas yang penting dan mana yang perlu disegerakan. Kita juga tidak terfikir untuk membuang masa dengan perkara sia-sia.
Dengan mempraktikkan “to-do-list” akan menjadikan kita seorang yang bijak menguruskan masa dengan baik. Segala gerak kerja dirancangkan dengan baik dan tersusun.
2. Attention Management
Orang berjaya biasanya akan selalu fokus serta mengekalkan tahap fokus dengan baik. Mereka juga sentiasa alert dengan situasi dan persekitaran. Mereka selalu melihat sesuatu sebagai peluang di setiap ruang.
3. Emotional Management
Part ni paling utama nak menguruskan emosi sendiri bukan emosi orang lain. Kegagalan mengurus emosi akan menyebabkan kita lagho terlebih terhadap perkara kecil yang tak sepatutnya. Selalu lihat dari sudut positif walau berlaku perkara yang kita tidak ingini.
Sekiranya berlakunya perkara yang membuatkan kita “down”, elakkan terlalu lama melayan perasaan down itu. Sebaliknya lekas-lekas bangkit dengan pergi bertemu seseorang yang boleh menaikan semangat kita kembali untuk berjuang.
4. Financial Management
Haaa, part ini pun sangat lah penting juge. Dah dapat income 5 angka hasil usaha gigih bulan lalu, jangan pula diperabih la la bulan tu jugak. Hidup seperti biasa di bawah kemampuan. Asingkan kos marketing untuk kerja dan utamakan simpanan dalam portion ikut peratusan tertentu.
Kurang jelas pasal ni, silalah berjumpa dengan ketua pasukan kalian untuk belajar nak manage duit dengan baik supaya wang tidak dibelanjakan pada perkara yang tak sepatutnya. Dalam bidang jualan, income pastinya tidak menentu. Oleh kerana itulah kita perlu beringat-ingat dalam berbelanja.
Sekian sharing hari kedua terakhir ramadhan.
Semoga bermanfaat buat semua yang berada dalam bidang jualan.
☺️☺️
Leave a Reply