• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Hakikat Rezeki Dalam Sebuah Kehidupan

Hakikat Rezeki Dalam Sebuah Kehidupan

8 March 2019 by sarena 3 Comments

Assalamualaikun & Salam Jumaat Penuh Keberkatan,

Alhamdulillah pagi ini Kak Rena ingin berkongsi sesuatu mengenai rezeki. Sesungguhnya rezeki Allah itu Maha Luas. Bila kita nak cerita tentang hakikat rezeki memang skopnya sungguh besar.

Minggu lepas, selepas waktu kerja, kak Rena macam biasa akan keluar dari tenpat parking dan melalui gerai van yang menjual kuih kudapan goreng macam pisang goreng, cekodok pisang, cekodok bawang dan seangkatannya.

Entah macam mana hari itu, kak Rena terasa nak menyinggah untuk membeli sedikit kuih buat alas perut yang agak kelaparan ketika itu.

Macam-macam kuih duk ada 😍

Daripada tingkap kereta kak Rena order cekodok pisang RM 2 dan cekodok bawang RM 1. Tak lama lepas itu, encik penjual bawak 1 plastik yang penuh yang bukan saja kuih yang kak Rena order malah ada tambah cakoi dalam plastik tersebut.

Kak Rena pun bertanyalah dengan encik penjual kenapa ada cakoi, katanya “tak pa lah, kita bagi jer” Ya Allah, dia beri jer cakoi tu padahal hari masih awal, bukannya gerai dah nak tutup.

Terus kak Rena offer untuk bayar cakoi tu. Lantas encik penjual kata “tak pa, makan jer, tak payah, saya belanja. Aduii segan la pulak kak Rena. Apapun, kak Rena doakan moga bisnes encik penjual makin maju dan maju. Ameen.

Dan inilah yang dikatakan rezeki secara tak langsung mendatangi kita tanpa kita pinta. Kisah ini hanya satu daripada ribuan & jutaan rezeki yang kita terima samada dalam sedar atau tanpa sedar selagi ada hayat dikandung badan.

Kadang-kadang kita tak sedar bahawa rezeki bukan hanya dalam bentuk duit dan barangan sahaja. Sihat tubuh badan, ada keluarga adik beradik, cikgu anak yang baik hati dan seumpamanya pun adalah rezeki yang wajib kita syukuri sentiasa.

Wallahuallam.

Artikel menarik untuk anda:

Amalan Murah Rezeki

Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum.Entry kali ini suka kak Rena berkongsi untuk cerita berkenaan amalan murah rezeki. Topik ini biasanya sangat diperlukan…... Baca selanjutnya »

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu.Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada yang sedang…... Baca selanjutnya »

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Rimba Di Dalam Bangunan

Rimba Di Dalam Bangunan

Pada masa kini, rumah jenis pangsa seperti servis apartment dan kondominium kini bertumbuh bagaikan cendawan di kebanyakan tempat terutama di ibu kota…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: hakikat rezeki, Rezeki, Rezeki Allah

Previous Post: « Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup
Next Post: Dyslexia, Para Ibubapa Perlu Risau atau Tenang Sahaja »

Reader Interactions

Comments

  1. Abang kacak

    8 March 2019 at 9:12 pm

    Terima kasih atas perkongsian yang mendalam ni kak rena.

    P.s: Mesti sebab orang jual kuih tu kagum tengok kereta kak rena! Ihik

    Reply
    • Sarena

      8 March 2019 at 10:05 pm

      Lahaaiiii kete beshe beshe jerr
      Sarena recently posted…Si Anak Tunggal AaronMy Profile

      Reply
  2. KakRaja

    9 March 2019 at 9:51 pm

    aduhh. terharunya bila jumpa peniaga begini kan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme