• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Personal / Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup Di Bawah Kemampuan

12 April 2019 by sarena 2 Comments

Seorang sifu pernah berkongsi ceriita dengan kak Rena, kita  perlu hidup di bawah kemampuan. Bukannya di luar kemampuan. Alhamdulillah. Mujurlah amalan ini telah kak Rena praktikkan sejak dari dulu lagi.

Masih ingat lagi di sekitar tahun 2006, awal-awal kak Rena berhijrah di Subang, Selangor ketika itu. Encik suami hanya menerima elaun kursusnya sebanyak RM 1000 sebulan dan kak Rena di ketika itu belum mendapat pekerjaan di tempat baru.

Duit simpanan kami ketika adalah sedikit yang tak sampai RM 1000 pun dalam akaun bank. Jadi bagaimana kami mengharungi kehidupan diketika itu? Mudah sahaja, cuba sedaya boleh untuk hidup di bawah kemampuan.

Segala aktiviti yang melibatkan aliran kluar duit even RM 10 sahaja, dipendamkan. Haaa… terutamanya part shopping yang sangat diidamkan oleh seorang wanita. Rasa pedih dan perit, tapi sabar. Belum masanya lagi.

Wanita mana yang tak suka shopping kan. Tapi, gitulah. Apa nak buat kan. Duit yang ada hanya standby untuk membayar sewa rumah, ansuran kereta, petrol & juga untuk membeli bahan mentah nak masak masakan harian sahaja.

Kebetulan pula masa tu tengah mengandungkan anak sulung. Sempat bertahan sebulan dua keadaannya begitu sebelum kak Rena mendapat kerja sementara di kawasan berdekatan tempat tinggal kami.

Dapatlah membantu sikit perihal ekonomi rumah tangga kami. Namun, bolehkah kak Rena terus selesa & berpasrah dengan keadaan begitu. Oh tidak sama sekali jawapannya.

Teringat lagi masa tu kerja sebagai juruwang (cashier) part time di sebuah pasaraya dengan bayaran RM 4 untuk sejam. Dari jam 6pm – 10pm. Sedih bila mengingat kembali. Adeh deh,.. sapa pulak potong bawang ni malam-malam.

Apapun itu kisah dulu-dulu kak Rena. Kita perlu selalu mencari jalan keluar untuk memperbaiki taraf hidup especially faktor keuwangan keluarga. Kita dituntut untuk berusaha mencari peluang di setiap ruang yang ada. 

Dan kini, kak Rena masih mempraktikkan hidup di bawah kemampuan walaupun dah bertemu dengan platform idaman. Diperturunkan pula kaedahnya hidup di bawah kemampuan buat anak-anak tercinta. Alhamdulillah syukur!

Selagi nyawa dikandung badan. Wajib untuk kita berusaha & terus berusaha memperbaiki hidup dan kebajikan keluarga kita ke arah yang lebih baik! In sya Allah mudah-mudahan.

Ini peringatan buat kak Rena juga supaya tidak lupa dan bersyukur selalu atas nikmat kurniaanNya yang melimpah ruah.

Kepada kawan-kawan diluar sana yang masih struggle mencari peluang untuk perbaiki taraf hidup, jangan berputus asa. Lihat empat perkara ini demi mencapai impian hidup kalian.

Sekian perkongsian dari kak Rena. 

Artikel menarik untuk anda:

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu.Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada yang sedang…... Baca selanjutnya »

Kerja Terlebih Kuat Tanda Kita Tak Bersyukur?

Kerja Terlebih Kuat Tanda Kita Tak Bersyukur?

Persoalan ini sering bermain di kotak fikiran kak Rena ketika awal-awal berkecimpung dalam bidang kejurujualan sepenuh masa 5 tahun lalu. ... Baca selanjutnya »

Penggunaan Kad Kredit, Bahaya Atau Biasher -Biasher Jer?

Penggunaan Kad Kredit, Bahaya Atau Biasher -Biasher Jer?

‘Apa?? Kad Kredit? Oooo jangan carik pasal wooii!! Jangan amik, BA~HAA-YAA!!!’ Pernah tak ada orang yang menasihati kita supaya mengelakkan dari…... Baca selanjutnya »

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Personal, Umum Tagged With: all about life, Blog Kak Rena, hidup di bawah kemampuan, kisah hidup, secebis kisah

Previous Post: « Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.
Next Post: Atasi Ketakutan Itu »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri

    12 April 2019 at 11:28 pm

    Sedih syahdu syahdan kisah ni..

    Reply
  2. Zulkhairie Khodir

    13 April 2019 at 11:49 am

    Ujian kesusahan itu lebih mudah mendekatkan kita kepada Allah.

    MasyaaAllah andai berupaya hadapi ujian kesenangan pasti jadi seorang manusia yang lebih hebat.

    Alhamdulillah.

    Terbaik sharing kak Rena ni.
    Zulkhairie Khodir recently posted…Pengalaman Cemas Pencemaran Kimia di Malaysia.My Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme