Buat wanita berkerjaya yang sibuk, tentunya mempunya masa yang sangat terhad untuk kerja-kerja rumah seperti sapu dan mop rumah. Pastinya wanita mengidamkan suatu alat yang boleh memudahkan kerja rumah.
Antara contoh alatan yang boleh memudahkan kerja rumah adalah mesin pengering baju dapat menjimatkan masa menjemur kain. Mesin penulen air dapat menjimatkan penyediaan air minum seisi keluarga.
Vacuum yang berwayar juga membantu membersihkan rumah daripada habuk yang landing kat lantai, pada karpet, rak-rak buku dan kabinet dalam rumah.
Penggunaan vacuum tanpa air, memberi risiko terhidu habuk berlebihan semasa pembersihan vacuum. Vacuum yang menggunakan air, sangat bagus namun tetap perlukan banyak tenaga untuk menguruskannya sebelum dan selepas menggunakannya.
HIZERO CORDLESS FLOOR CLEANER
Ianya sejenis vacuum jenis stand yang sangat convenience dan pastinya sangat digemari oleh para wanita sebagai alat bantuan kerja rumah di bahagian lantai.
Dah lama sebenarnya kak Rena teringinkan alat ini memandangkan pernah nampak di rumah kawan ada menggunakannya. Cumanya belum berkesempatan untuk mencari kat mana nak dapatkannya.
Hizero ini beroperasi tanpa wayar yang memudahkan ianya untuk di bawa ke mana sahaja dalam bahagian rumah tanpa perlu alihkan plug sambungannya. Ia menggunakan bateri yang boleh di caj semula.
Setiap kali bateri penuh, hizero dapat bertahan sehingga 80 minit penggunaan dalam satu masa. Untuk membersihkan lantai, ia berfungsi sebagai penyapu, pengemop, pengering dan “self~cleaning”. Wow!! Ini sangat bagus.
Kak Rena memang sangat teruja dengan kebolehan dan kelebihan alat bernama Hizero ini. Apa tak nya, semasa demo ditunjukkan memang dah boleh bayangkan makin mudahnya kerja kak Rena membersihkan lantai rumah.
Yang paling diingati semasa demo Hizero adalah semasa lantai yang kotor dengan biskut halus tumpah, di basahkan pula dengan air, Hizero dengan jayanya penyapu dan mengemop semua kotoran dalam masa kurang dari 1 minit.
Ketika bahagian dalam hizero di buka, kelihatan kotoran biskut hancur itu terpisah dengan cecair yang membasahi pantai. Kiranya kotoran basah jadi kering sebaik memasuki bahagian sedutan dan mengasingkan kotoran pepejal dan cecair dengan baik sekali di bahagian yang disediakan.
Hizero dilabelkan suatu alat yang inovatif, economic, simple comprehensive dan smart device dengan rekabentuk dan ciri-ciri lengkap yang ada padanya. Yang bestnya, hizero mempunyai kadar level bunyi yang sangat rendah iaitu kurang daripada 60dB.
Antara kelebihan yang kak Rena diberitahu dan di demo juga, Hizero dapat beroperasi dengan sendirinya tanpa perlu kita memegangnya. Waahh, ini pun sangat mengujakan. Cumanya kalau bahagian bawah meja kena kontrol secara manual.
Secara keseluruhan, kak Rena rekomen sangat para wanita ada seketul alatan Hizero ini. Biar kita berhabis uwang untuk sesuatu yang bermanfaat. Tak rugi membeli untuk kemudahan diri dan keluarga.
uish menarik ni kak na. Tapi baru pas tengok harga kak shopee…telan air liur jap hehe.