• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Sales Tips / Hold The Vision, Trust The Process

Hold The Vision, Trust The Process

20 May 2019 by sarena Leave a Comment

Setiap orang pastinya ada misi dan visi yang nak dicapai dalam hidup. Namun dalam nak mencapai misi dan visi tersebut, ramai yang gagal menghayati dan mengaplikasikan bahagian proses nak mencapai sebuah misi dan visi itu.

Dalam mana-mana platform bisness pun pasti ada proses yang perlu difahami, diikuti dan diambil tindakan sebaiknya demi mencapai sebuah kejayaan. Sekiranya kita hanya memfokus pada misi dan visi sahaja, tanpa mengambil serius tentang proses, semua usaha akan menjadi sia-sia.

Antara contoh proses yang biasanya wujud dalam sesebuah platform adalah;

πŸ“£ Untuk bertemu dengan seseorang yang boleh terima produk atau servis yang kita tawarkan, kita perlu dapat biasakan diri dengan penolakan (rejection). Ini agak berat bagi kebanyakan individu yang sukakan jalan pintas untuk berjaya. Mungkin kita belum dapat closed deal hari ini, lagi seminggu, sebulan, setahun, lagi 5 tahun akan datang baru closed, siapa tahu kan? ☺️ Perkara ini tidak mustahil sekiranya kita mengamalkan konsep bonding dulu sehingga wujud trust yang kuat serta bakal pelanggan sudah mulai sedar keperluan. Lihat kembali 5 sebab pelanggan belum bersedia untuk membeli.

πŸ“£ Bidang jualan ada β€œfunnel” yang perlu kita fahami dan ikuti. Tidak mungkin 10 orang yang kita tawarkan produk atau servis, kesemua 10 orang tersebut bersetuju dan berebut dengan usul kita. Sangat tak logik itu. Kita hanya boleh berkongsi idea dan hujah kenapa perlunya produk atau servis yang kita cadangkan. Selebihnya terserah pada bakal pelanggan untuk membuat keputusan. Ingat! Jangan gunakan teknik paksa rela dalam jualan πŸ˜…

πŸ“£ Setiap platform pasti adanya prosedur tertentu yang perlu diikuti bagi melancarkan perjalanan sesebuah tatacara bisnes. Walau macam mana susah kita nak terima, kita mesti ikut sekiranya kita mahu berjaya seperti orang lain yang dah berjaya. Ada orang terer sangat buat jualan namun di sebabkan tak dapat nak terima prosedur yang ditetapkan oleh syarikat, membuatkan mereka tak boleh adapt dengan persekitaran bisnes yang wujud. Jangan begitu, sekiranya telah terbukti melalui sebuah platform itu, ramai yanh telah berjaya, just ikut sahaja dengan penuh sabar dan kental. Pasti manis sangat hasilnya.

πŸ“£ Setiap kesenangan dimulai dengan fasa kesulitan. Sehingga hari ini tiada lagi kejayaan datang dalam keadaan senang lenang tanpa perlu berusaha gigih dalam keadaan serba kekurangan pengetahuan dan kemahiran diri, Ada pepatah mengatakan, jangan sesekali berdoa atau mengharapkan sesuatu yang mudah mendatangi hidup kita, sebaliknya berdoalah agar kita menjadi lebih kuat di kala kesulitan melanda!

πŸ“£ Sentiasa perbaiki diri (attitude), knowledge dan skills untuk mantapkan prestasi kerja kita dalam sesebuah platform yang kita pilih. Ini sangat penting kerana setiap perubahan dalam hidup kita dimulai dengan diri kita sendiri, bukan orang lain. Alah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. Man Jadda Wa Jadaa. Semoga kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang rajin berusaha.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang baru nak bermula langkah di platform. Apapun sekiranya kita ada keyakinan pada diri, pada platform yang bakal kita bertapak, in sya Allah jalan yang cerah pasti mendatangi kita bila kita percaya dengan proses yang ada.

Artikel menarik untuk anda:

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Kenapa Pelanggan Belum Bersedia Untuk Membeli.

Adakah kalian sekarang berkecimpung dalam bidang perniagaan atau lebih spesifik lagi dalam bidang jualan dan pemasaran? Jika ya, artikel ini untuk kalian….... Baca selanjutnya »

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Beza Jualan Dan Pemasaran

Beza Jualan Dan Pemasaran

Jualan atau dalam bahasa omputeh nya adalah Sale. Di mana berlaku urusniaga jual beli antara jurujual dan pembeli. Urusan jual beli ini…... Baca selanjutnya »

Kisah Perjuangan

Kisah Perjuangan

Perjuangan membawa erti kita berusaha terhadap sesuatu sehingga kita berjaya mendapatkannya. Hanya mereka yang berjaya melalui beberapa proses mencapai kejayaan dapat memahami…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Sales Tips Tagged With: Blog Kak Rena, hold the vision trust the process, mision, sales tips, vision

Previous Post: « Colek & Bulan Puasa
Next Post: TD1303 Yang Super Convenience »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme