• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Personal / Jalinan Persahabatan

Jalinan Persahabatan

10 May 2019 by sarena Leave a Comment

Di setiap episod dalam hidup kita, pastinya kita akan bertemu dengan orang-orang yang akan menjadi kawan dan teman rapat kita. Ini berlaku sejak dari kita mula boleh berkomunikasi dengan insan lain.

Hasil komunikasi itu, tercipta jalinan persahabatan yang menjadi kenangan dalam hidup kita. Manis sungguh bila diingat-ingat kembali. Tatkala berlaku anjakan episod-episod baru dalam hidup kita, kita terpaksa melalui sebuah perpisahan.

Persahabatan awal ketika berada di zaman sekolah tadika. Hihi kita mulai ada kawan dan kawan rapat. Tempat kita selalu akan duduk bersama terutama di waktu rehat. Seterusnya zaman sekolah rendah dan menengah. Indah sungguh!

Jarang sekali orang yang sama kekal bersama kita setiap kali melalui anjakan episod baru. Kebiasaannya kita akan bertemu dengan orang berlainan dan berlainan. Setiap zaman yang kita lalui, lain cerita, bentuk persahabatan dan cara kita bersahabat mengikut situasi dan keadaan semasa.

Melepasi episod zaman belajar, kita mulai memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar bentuk jalinan persahabatan. Kita mulai sibuk berkejaran dengan tugas harian, namun teman baik dan sangat baik mula terjalin setelah beberapa ketika hasil komunikasi dan faktor keserasian.

Tambahan pula bila berada dalam bidang jualan, kawan-kawan dan sahabat makin bertambah dan bertambah. Kita pun akan semakin bersifat terbuka dari aspek komunikasi dan tingkah laku. Asalkan masih di landasan yang betul dan sepatutnya.

Jujurnya pada kak Rena, setiap sahabat baik yang pernah muncul dalam hidup kak Rena sejak dari zaman tadika, sekolah rendah, sekolah menengah dan zaman U, kak Rena sangat merindui mereka semua sahabat BFF kak Rena.

Yang paling manis adalah ketika zaman sekolah menengah bila mana kematangan dalam diri telah bermula melalui kawan-kawan dan teman rapat ketika itu. Yer ler kak Rena tinggal di hostel, jadinya kawan adalah segalanya pada ketika itu.

Yang teramat manis juga adalah masa sekarang ini sejak berkecimpung dalam bidang jualan, ramai sungguh kawan dan teman rapat yang baik hati, sporting, supportive dan easy going hadir dalam hidup kak Rena.

Alhamdulillah. Bersyukur pada yang Maha Esa atas kurniaan sahabat-sahabat semua. Semoga Allah memberkati hidup sahabat-sahabat dan selalu dipermudahkan urusan mereka dunia dan akhirat. Ameenn.

Artikel menarik untuk anda:

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu.Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada yang sedang…... Baca selanjutnya »

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Hidup Di Bawah Kemampuan

Hidup Di Bawah Kemampuan

Seorang sifu pernah berkongsi ceriita dengan kak Rena, kita  perlu hidup di bawah kemampuan. Bukannya di luar kemampuan. Alhamdulillah. Mujurlah amalan ini…... Baca selanjutnya »

Tarawih Malam Pertama Ramadhan

Tarawih Malam Pertama Ramadhan

Alhamdulillah, esoknya seluruh umat Islam akan menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan. Dan malam ini, selepas waktu isya’ tadi bermulanya…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Personal, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, jalinan persahabatan, nilai persahabatan, sahabat, tentang sahabat

Previous Post: « Sabar Itu Separuh Daripada Iman
Next Post: Terima Kasih Ibu »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme