Sudah lama kak Rena teringin nak melihat sejenis haiwan yang comel dan jinak ini. Anak-anak kak Rena pun sama lah macam ami nya. Hehehe. Bila lihat dalam buku, kat TV dan kat fb pun ada, teringin nak lihat secara live juga.
Kawan kak Rena ada bawak keluarganya melawat negara femes wujudnya kangaroo ini. Hati makin rasa tak sabar nak pergi juga bersama keluarga. Namun datang rasa tak yakin sebab tak pernah kami pergi travel negara luar ketika itu.
Setelah memberanikan diri hasil perbincangan dan perancangan awal, maka tercapai jugak hasrat melawat negara Australia di Perth. Objektif lebih kepada nak tengok kangaroo depan mata. Hihihi.
Percutian 5 hari 4 malam itu akhirnya menjadi nyata di tahun 2016. Fuhh trip pertama luar negara naik flight bersama keluarga kak Rena dan keluarga kakak kak Rena. Semuanya kami rancang sendiri dari hal pengangkutan, penginapan dan iteneri perjalanan sepanjang berada di sana.
Kali pertama menemui kangaroo di pusat ternakan haiwan terkemuka di Perth iaitu Caversham Wild Life. Semacam zoo namun lebih istimewa dari itu kerana ratusan kangaroo dilepaskan begitu sahaja dalam kawasan yang agak luas.
Apa lagi, excited yang amatlah semua orang. Al maklum anak-anak kami semua lelaki. Amsyar ketika itu berusia 6 tahun dan dia paling kecik paling teruja melihat keletah kangaroo. Sungguh comel dan jinak. Tak kisah di pegang dan gosok-gosok. Muka steady & cool saja. Hihi
Paling teruja bila mana dapat melihat sendiri bahagian poket pada badan kangaroo betina yang menggendong anak kecil yang digelar sebagai joey. Hihihi comel kannnnn ๐๐. Kejap dia menyorok dalam poket, kejap dia keluarkan kepalanya. Hihi comel lagi.
Para pekerja & penjaga tempat ini pun sangat mesra, baik hati serta peramah. Macam-macam penjelasan di berikan tentang habitat haiwan-haiwan jinak yang ada di situ. Apa yang special lagi, makanan haiwan diberikan percuma di kawasan sekitar. Kiranya tak der yang dijual asing. Best kan, jimat duit! Hehe
Selain kangaroo, ada haiwan-haiwan comel lain seperti kaola yang hobinya tidur dan ia sangat-sangat comel. Muka macam tak der perasaan pulak. Apapun kaola sangat dijaga rapi. Dan ia tidak dibiarkan bebas untuk disentuh. Kalau ada pun, ada waktu tertentu bersama pekerja-pekerja khas yang bertugas.
Apapun pengalaman berada di negara Australia, Perth menjadi satu kenangan manis buat kami sekeluarga. Bak kata orang, kerja-kerja jugak, kena ada masa untuk kita luangkan bersama keluarga menikmati keindahan dan keunikan ciptaan Dia yang Maha Esa.
Ahamdulillah syukur untuk pengalaman berharga ini.
Seronoknya. Nak berjaya macam Kakna juga. Boleh explore jelajah dunia.
Awesome sharing SM Sarena๐
Bestnya dpt pegi sana ๐