Danau Toba sebelum ini hanya dengar nama sahaja. Tak terbayang pun akan sampai menziarahnya satu hari. Terletak di Medan, Indonesia dalam daerah Berastagi.
Danau Toba adalah sebuah tasik yang sungguh besar sepanjang 90km dengan lebar dalam 20km macam itu. Tasik ini terhasil selepas berlakunya letusan gunung berapi yang dasyat suatu ketika dahulu.
Medan ini sebenarnya tak jauh pun dari Malaysia. Seolah berhadapan dengan negeri perak jer sebenarnya. Tempoh perjalanan pun tak sampai satu jam melalui pengangkutan udara. Saja lah kami plan adhoc untuk bercuti pendek sesama geng gigirls.😍
Percutian 3 hari 2 malam ini telah diatur sepenuhnya oleh geng supir yang baik hati. Kebetulan ada kenalan yang baru balik dari Medan. Memang servis terbaik dan alhamdulillah selamat semuanya. Awalnya risau jugaklah, kami semua wanita.
Ketika mengunjungi Danau Toba, memang terpukau dengan keindahan pemandangan bukit bukau dan tasik. Seolah berada di negara New Zealand pun ada. Dengan suhu yang sejuk dingin sangat menyegarkan.
Rasanya setiap angle nak di snap foto. Semua cantik dan indah. Sebelum tiba di tempat penggambaran yang di atur oleh para supir, kami sempat menyinggah di kawasan air terjun sipisopiso ini.
Di sini pun sangat unik dan cantik melihatkan air yang keluar dari tanah jatuh ke bahagian bawah yang mana tiada sungai besar yang mengalir pun. Air yang jatuh seolah masuk ke dalam bumi. Fuhh.. unik sungguh..!
Bila tiba dikawasan penggambaran berlatarkan Danau Toba ini, ternyata rakyat Indonesia sangat kreatif. Banyak port penggambaran di bina untuk tujuan posing-posing yang direkabentuk dengan sangat kreatif dan menarik.
Apa lagi berposing sakan lah kami. Siap ada titian tali yang meletakkan vespa, basikal dan macam-macam lagi sebagai tarikan pelancong untuk mencuba aktif fotografi yang unik.
Kak Rena memang dah kaki penakut, asalnya tak berani nak join yang vespa ni, namun hasil dorang kawan-kawan gigirls yang comel-comel ni, cuba jugala dengan perasaan yang amat takut. Orang kata, bila kita takut, kena atasi rasa takut tu. Hihi sib baik berjaya walaupun menggigil gigil jugakla.😂😂😂
Secara keseluruhannya, trip ke Danau Toba ini sangat tidak mengecewakan apabila dapat menjamu mata dengan pemandangan yang sangat indah dan cantik. Makanan yang dihidangkan kat kami sepanjang tempoh trip ini pun sangat sedap & lazat.
Semoga berpeluang menziarah lebih banyak tenpat menarik dan unik di masa hadapan.
Memang best pun kalau pergi ke Medan. Dulu pernah pergi sekali, tapi serius nak repeat lagi. Terbaiklah tulisan kak rena. Terasa tak sabar pula nak repeat. Hihi