• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Kemeriahan Keluarga CSTeam ber~Iftar Ramadhan 2019

Kemeriahan Keluarga CSTeam ber~Iftar Ramadhan 2019

25 May 2019 by sarena 1 Comment

Alhamdulillah, bertemu lagi tahun ini untuk acara wajib pasukan jualan kami yang makin membesar dan terus membesar.

Posing dulu sebelum bertolak dari rumah.

Oleh kerana tahun ini tumbesaran saiz pasukan bertambah dengan pesatnya, boss besar kami memilih tempat Iftar yang lagi grand, lagi besar dan lagi cantik menarik tempatnya.

Jika tahun lalu, kami ber~iftar ramadhan di sebuah banglo mewah di FRIM Kepong, tahun ini Forest Valley Hall, Bandar Mahkota Cheras menjadi pilihan buat kami untuk sama-sama berkumpul berbuka puasa bersama-sama dengan seluruh keluarga.

Ada yang datang dari Alor Setar, Ipoh, Teluk Intan, Johor, Pahang dan Negeri Pantai Timur. Sungguh meriah seolah macam dah nak raya. Anak-anak pun saling berkenalan antara satu sama lain soalah dah faham Mak Bapak mereka bekerja sebagai satu pasukan dalam platform yang sama.

Acara wajib tahunan kami ini tak pernah tak meriah, selain acara bergambar beramai-ramai, acara main bunga api pun sangat meriah. Sekali sekala bonding antara satu dengan yang lain. Dah macam keluarga dah masing-masing. Itu yang bestnya, dapat kenalan baru dan tambahkan ikatan silaturrahim sesama kami.

Makanan yang dihidangkan pun sangat istimewa, kenyang sungguh menikmatinya juadah yang disediakan. Beginilah kami, waktu kerja kami kerja sungguh-sungguh. Waktu majlis macam ni, terserlah kemesraan sesama kawan-kawan sedia ada dan kawan baru.

Terima kasih tak terhingga buat big boss kami yang bertungkus lumus menjayakan majlis Grand Iftar kami tahun ini. Semoga bertemu lagi di tahun hadapan. In sya Allah.

Artikel menarik untuk anda:

Perjalanan Sebuah Kejayaan

Perjalanan Sebuah Kejayaan

BismillahirrahmaanirrahiimEntry hari ini agak lewat kak Rena tulis. Al maklum kami baru selesai untuk acara gilang gemilang pasukan…... Baca selanjutnya »

Trip Balik Kampung Jumpa Abah & Keluarga

Trip Balik Kampung Jumpa Abah & Keluarga

Semalam, setel semua urusan kerjaan kak Rena bertolak balik kampung dalam pukul 5 petang macam tu. Kali ni balik bersama…... Baca selanjutnya »

TD1303 Yang Super Convenience

TD1303 Yang Super Convenience

Alhamdulillah hari ini Kak Rena berpeluang berbuka puasa bersama rakan seperjuangan di negeri pantai timur iaitu di Kuala Terengganu. Majlis iftar kami…... Baca selanjutnya »

Tarawih Malam Pertama Ramadhan

Tarawih Malam Pertama Ramadhan

Alhamdulillah, esoknya seluruh umat Islam akan menjalani ibadat puasa di bulan Ramadhan. Dan malam ini, selepas waktu isya’ tadi bermulanya…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: Blog Kak Rena, Coway csteam, grand iftar, iftar ramadhan, ramadhan 2019

Previous Post: « Tips Beli Rumah Pertama Dalam Hidup
Next Post: Pisang dan Ubat »

Reader Interactions

Comments

  1. Mohd Ariff Suffian

    26 May 2019 at 12:03 am

    Seronoknya tengok sebuah keluarga yang terlahir dari hasil tidak kenal tapi lama-lama menjadi sebuah ikatan keluarga.

    Bestnya kalau ada big boss macam kak rena.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme