PENGENALAN DIRI
Nama penuh Sarena Binti Mohamad. Nama panggilan Kak Na, KekNa, Kak Rena dan zaman sekolah saya pernah dipanggil oleh sahabat baik dengan nama Ren, Torene dan Mc Rin.
Saya berasal daripada Kelantan dalam Daerah Tanah Merah. Saya dilahirkan pada 4 Mac 1978. Saya merupakan anak nombor 5 daripada 9 adik beradik.
Sudah berkahwin dengan seorang jejaka berasal dari Bachok Klate juga dan dikurniakan 3 orang cahayamata, semua boboboy 😘
PENGALAMAN BELAJAR & KERJA
Saya merupakan graduan ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Teknologi Maklumat pada tahun 2001. Selepas tamat pengajian, saya mengalami kesukaran mendapat kerja tetap yang setaraf dengan tahap pengajian saya sehinggalah pada tahun 2008 barulah saya bertemu dengan kerjaya yang menggunakan ijazah pengajian sebagai tenaga pengajar di salah sebuah kolej swasta di Shah Alam.
Sebelum itu, pelbagai jenis pekerjaan yang saya pernah buat demi menampung kelangsungan hidup di muka bumi Allah ini. Antara pekerjaan yang pernah menyinggah dalam hidup saya adalah sebagai guru ganti, guru sandaran, juruwang supermarket, operator kilang dan sebagainya. Banyaknya pengalaman kerja kakak Rena.
HOBI / MINAT
Kak Rena sebenarnya tak der hobi atau minat yang terlampau. Hobi dan minat ni akan menyerlah ikut keadaan dan kesesuaian masa sahaja. Sempoi kann? Heheheh. Dulu-dulu kak Rena sangat meminati drama bersambung dari TV3. Kiranya kalau sekali dah ikut, memang frust sangat kalau ter~missed satu episod. Hahah melampau kan.
Kak Rena juga gemar memasak andai ada kelapangan dan opkos bila suka masak, kak Rena sangat gemar makan, yummy!!! Tengoklah gambar 5 tahun lepas ngan sekarang sangat berbeza dari segi saiz.
Selain tonton drama, masak dan makan, kak Rena juga suka sangat pegi travel sekarang ini. Kiranya tangan dan kaki ni asik gatal jer nak membooking tiket dan kaki nak berjalan. Dulu-dulu tak berani nak minat pasal travel ni.
Korea Jan 2018 Hong Kong Nov 2017 New Zealand April 2017 Kuala Terenganu 2016 Vietnam Oct 2018 Perth 2016 Bandung Ogos 2018 Turkey Mac 2018