• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Travel / Kenangan Melaram Hanbok di Seoul

Kenangan Melaram Hanbok di Seoul

22 May 2019 by sarena Leave a Comment

Salam Ramadhan.

Tetiba malam ini terpanggil kak Rena untuk simpan kenangan melaram pakaian tradisional rakyat Korea melalui penulisan entry kak Rena. Pakaian tradisional Korea ini dipanggil Hanbok. Macam comel jer nama dia kan.

Hanbok ini kalau kita di Malaysia dan melayu, semacam baju kurung atau baju melayu. Para pengunjung ke negara Korea biasanya tak melepaskan peluang merasai pengalaman berpakaian Hanbok berserta aksesorinya yang pelbagai.

Alhamdulillah sejak bersama platform kesayangan kak Rena ini, berpeluang juga nak merasa menyarungkan Hanbok di badan. Masa travel sendiri secara redah-redah memang tak sempat nak merasa pun. Nasib baiklah bila terpilih untuk trip Balik Kampung kali kedua ni, berpeluang lagi nampaknya.

Kesemua pakaian-pakaian tradisional ini perlu disewa dan banyak jugala syarikat yang menawarkan khidmat menyewa hanbok ini. Kebiasaannya kedai yang membuat servis sewa ini terletak di kawasan yang cantik, strategik dan terpilih untuk berposing sakan bagi tujuan fotografi.

Hanbok didatangkan dengan perbagai corak fabrik dan warna yang membuatkan kita rasa nak pilih kesemuanya 😍. Boleh rambang mata namun kita perlulah memilih hanbok yang sesuai dengan diri dan pemilihan saiz pun sangat penting supaya nampak elok dan selesa untuk dipakai.

Haaa, boleh la lihat ni, gembiranya kami memperagakan pakaian hanbok yang sungguh cantik lawa ini. Gigirls sungguh excited, mana tak nya dah company belanja semua ni. Kita tinggal nak pilih dan pakai dan peragakan sebaik mungkin!

Termasuk yang ini, ini merupakan kali kedua kak Rena berjaya layakkan diri untuk trip tajaan syarikat tempat kak Rena kerja. Jadinya dua kali juga lah dapat pengalaman menyarungkan Hanbok yang sangat comel ini.

Dan yang bestnya, kali ini juga merupakan kali pertama berpeluang dapat pergi trip tajaan majikan bersama encik Suami kak Rena. Waah tahniah untuk beliau yang buat keputusan untuk ikut jejak isteri berada di platform yang kami sama-sama berada sekarang ini.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi atas setiap rezeki dan peluang yang diberikan untuk kami.

Bergambar kenangan dengan Top Management Majikan kami


Artikel menarik untuk anda:

Apakah Yang Paling Anda Ingati Bila Berkunjung Ke Negara Korea.

Apakah Yang Paling Anda Ingati Bila Berkunjung Ke Negara Korea.

Sebut Korea, anak-anak muda akan terbayang femesnya K-Pop. Tak kurang juga akan terbayangkan cuaca sejuk yang mencengkam terutama…... Baca selanjutnya »

Keindahan Kawah Putih Bandung, Indonesia

Keindahan Kawah Putih Bandung, Indonesia

Semasa musim raya haji tahun lepas, kak Rena sekeluarga berpeluang melawat negara Indonesia di Bandung. Trip ini agak rushing masa nak…... Baca selanjutnya »

Bonding Time Bersama Adik Beradik Di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Bonding Time Bersama Adik Beradik Di Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Selama-lama umur dikandung badan, ini kali pertama dapat pergi trip bersama 6 orang adik beradik melalui jalan udara. Kami pilih vietnam sebabnya…... Baca selanjutnya »

Pengalaman Hampir Kena Tipu HKD 5000 di Hong Kong

Pengalaman Hampir Kena Tipu HKD 5000 di Hong Kong

Assalamualaikum, apa khabar semuanya hari ini?Hari ini terpanggil kak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Travel Tagged With: Blog Kak Rena, hanbok from korea, hanbok pakaian tradisional rakyat korea, kenangan pakai hanbok, melaram dengan hanbok

Previous Post: « TD1303 Yang Super Convenience
Next Post: Kitaran Kehidupan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme