• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

17 March 2019 by sarena 2 Comments

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu.

Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada yang sedang berduka, ingatlah akan ada pelangi muncul selepas hujan turun.

Masihkah kita ingat, semasa berada dalam kelas sekolah rendah dulu-dulu, kita akan ditanya oleh cikgu dengan soalan yang sangat femes iaitu kita nak jadi apa bila dah dewasa kelak.

Kredit foto: www.123rf.com

Waah ketika ini, macam-macam jenis pekerjaan akan terkeluar dari mulut kita dan kawan-kawan sekelas kita. Ada yang nak jadi cikgu, polis, askar, jururawat dan sebagainya.

Padahal masa itu kita pun tak pasti sangat job scope secara mendalam setiap jawatan yang disebut itu. Hanya faham secara luaran sahaja. Hihihi.

Kredit Foto: www.famizu.ca

Pada kak Rena pekerjaan apapun semua pun OK kerana bekerja itu kan salah satu ibadah dan menjadi keperluan kita yang masih hidup di muka bumi Allah ini untuk bekerja.

Setiap dari kita sebenarnya dapat mencapai matlamat dalam hidup kita melalui pekerjaan kita sekiranya kita benar-benar mahu mencapainya.

Kadang-kadang kerja hakiki sahaja tak cukup untuk merealisasikan matlamat kita menyebabkan kita terpaksa buat kerja tambahan untuk menampung kos hidup kita.

Kebanyakkannya, permulaan matlamat yang ingin dicapai oleh seseorang adalah untuk mendapat taraf kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya. Setujukan? Kita akan berusaha sehabis baik untuk mencukupkan keperluan asas kita dan keluarga kita.

Dah cukup keperluan asas, kita mulai mahu upgrade kehidupan kepada yang lebih baik dan lebih baik. Ini sudah menjadi fitrah manusia.

Apapun, masih ada segelintir golongan masyarakat yang mudah selesa dengan kehidupan masa sekarang mereka, walaupun mereka sedar terlalu banyak lagi keperluan asas belum dapat ditunaikan untuk diri dan keluarga.

Jadi, apakah pengertian sebenar matlamat hidup? Adakah mereka tak punyai matlamat? Apakah yang perlu ada dalam diri mereka untuk mereka juga punyai matlamat dalam hidup?

Nantikan episod kenapa perlu ada matlamat dalam hidup dari Kak Rena☺️ Part ni baru mukaddimah yaa😀

Artikel menarik untuk anda:

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup

Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup

Setiap orang punyai impian dan cita-cita tertentu yang ingin di capai dalam hidp. Begitu jugalah kak Rena ni haa 😀... Baca selanjutnya »

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Daripada entry kak Rena sebelum ini, kak Rena ada menyentuh kenapa kita perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup adalah sangat…... Baca selanjutnya »

Cinderella, Kisah Tak Lapuk Dek Zaman

Cinderella, Kisah Tak Lapuk Dek Zaman

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.Terpanggil kak Rena untuk berkongsi cerita teladan daripda kisah Cik Cinderella melalui movie yang ditayangkan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: life dreams, life goal, manusia dan matlamat hidup, Matlamat, matlamat hidup, matlamat hidup saya

Previous Post: « Manusia, ilmu dan amalan
Next Post: Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup »

Reader Interactions

Comments

  1. gadisgenit

    20 March 2019 at 9:44 am

    Saya dulu pun cita-cita ikut-ikut orang hehe. Macam orang tak ada matlamat.

    Tapi bila saya kenali diri dan tahu apa yang saya inginkan dalam hidup. Saya tahu apa yang saya nak jadi.

    Terima kasih kak rena, perkongsian yang best. Tak sabar nak baca next entri.

    Reply

Trackbacks

  1. Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup (Part II) | Kak Rena says:
    18 March 2019 at 7:58 am

    […] kepada kisah matlamat hidup dan kenapa kita perlu ada matlamat hidup versi Kak Rena ☺️ Klik PART I untuk lihat entry […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme