• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Umum / Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

18 March 2019 by sarena 2 Comments

Assalamualaikum & Selamat Pagi.

Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan kini kak rena akan mengupas kenapa kita perlu ada matlamat hidup mengikut versi Kak Rena yaa.

APAKAH ITU MATLAMAT HIDUP

Matlamat hidup adalah suatu impian yang kita mahukan ia terjadi atau tercapai dalam hidup kita. Ia samada berkisar kepada pencapaian terhadap sesuatu yang tak libatkan soal kewangan dan yang melibatkan soal kewangan.

Walaubagaimana pun untuk mencapai sesuatu matlamat, usaha yang gigih tanpa putus asa sangat-sangat diperlukan sebagai proses nak mencapai.

KENAPA PERLU ADA MATLAMAT DALAM HIDUP

Matlamat hidup perlu ada dalam diri setiap dari kita kerana kita perlu cuba sedaya boleh untuk tidak berasa selesa dan berlapang dada pada tahap kehidupan kita masa kini.

Kak Rena percaya setiap orang punyai matlamat hidup yang tersendiri, cumanya bagaimana cara kita nak mengusahakan bagi dapat itu yang membezakan kita samada berjaya tercapai atau sebaliknya.

Ada 4 perkara sebagai cadangan kak Rena untuk mewujudkan matlamat dalam hidup kita iaitu;

  1. Kenali diri kita sendiri, kita ini seorang yang bagaimana. Kita seronok berada di tahap yang sama dalam fasa kehidupan kita atau sebaliknya. Sekiranya kita seorang yang suka memberi, suka buat perkara yang perlukan wang lebih means kita ada matlamat nak ubah kualiti hidup kita (ini antara contohnya ya😀)
  2. Cari dan selidik platform bisnes yang ingin di usahakan. Yer la, Rasulullah SAW pernah bersabda, 9 daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Hanya melalui berniaga atau ceburi bidang jualan yang dapat memberi pendapatan luar biasa dalam hidup kita. (Kak rena akan terangkan detail cara nak pilih platform ni dalam entry berlainan ya)
  3. Mengamalkan DUIT. Doa Usaha Ikhtiar & Tawakkal. Terma ini kak Rena dengar sejak dari zaman belajar U lagi. Tak sangka ia benar-benar terjadi bila kita fokus terhadap satu bidang perniagaan atau jualan.
  4. Nikmati pencapaian dengan mengamalkan sifat-sifat murni dan terpuji (self reminder untuk kak Rena supaya tak lalai). Elakkan persengketaan, tingkatkan level kesyukuran pada Allah SWT, sentiasa berusaha ke arah melakukan kebaikan dan menjauhi segala larangan.

Pesanan kak Rena buat kawan-kawan yang membaca entry kak Rena ini, wujudkanlah matlamat hidup kita seandainya kita masih tak punyai atau masih kabur tentangnya.

Jumpa dengan orang-orang yang kita yakin boleh bawa kita kepada sesuatu perkara yang boleh mengubah kehidupan kita kepada yang lebih baik.

Sangat menyedihkan andai kita punyai pekerjaan tetap malah masih belum cukup duit nak beli susu anak, belum sampai hujung bulan poket dah kering, selalu pinjam duit sana sini. Sedangkan kita masih leka main game online, tidur berlebihan, malas berusaha mencari peluang income tambahan. Macam mana tu??

Kak Rena minta maaf sangat-sangat andai penulisan ini ada menggores hati dan perasaan sesapa sahaja yang membacanya. Tiada niat lain melainkan untuk membuka minda bahawa semua orang ada daya upaya untuk berusaha ke arah kehidupan yang lebih baik.

Sebelum kak Rena akhiri, kak Rena doakan kita semua diberikan kekuatan untuk melawan sifat lemah dan malas dalam diri kita yang membuatkan kita tak boleh nampak dengan jelas matlamat hidup kita.


Artikel menarik untuk anda:

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Berhujung Minggu.Apa khabar semua? Semoga kita semua berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Pada yang sedang…... Baca selanjutnya »

Tips Beli Rumah Pertama Dalam Hidup

Tips Beli Rumah Pertama Dalam Hidup

Sebut pasal rumah atau dalam bahasa globalnya sebagai properti, hampir semua orang dewasa mengidam-idamkannya. Apa tak nya, daripada menyewa baik duduk rumah…... Baca selanjutnya »

Cabar Diri Dengan Pembelian Properti Pertama Dalam Hidup

Cabar Diri Dengan Pembelian Properti Pertama Dalam Hidup

Beberapa hari yang lepas, kak Rena ada kongsikan tips untuk membeli rumah pertama dalam hidup. Ianya sebenarnya merupakan pengalaman kak Rena sendiri…... Baca selanjutnya »

Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup

Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup

Setiap orang punyai impian dan cita-cita tertentu yang ingin di capai dalam hidp. Begitu jugalah kak Rena ni haa 😀... Baca selanjutnya »

Filed Under: Umum Tagged With: Blog Kak Rena, manusia dan matlamat hidup, Matlamat, matlamat hidup, matlamat hidup saya

Previous Post: « Cita-Cita Zaman Sekolah Rendah Pencetus Matlamat Awal Dalam Hidup
Next Post: Daripada Pizza Kepada Kuew Tiaw Goreng »

Reader Interactions

Comments

  1. gadisgenit

    20 March 2019 at 9:42 am

    seronok baca entri kak na..banyak manfaat yang saya dapat.

    Taraf kehidupan kita ditentukan oleh tindakan kita.
    Salaam sayang buat kak na. Semoga Allah s.w.t rahmatu dan berkati sokmo.😘

    Reply

Trackbacks

  1. Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup (Part I) | Kak Rena says:
    18 March 2019 at 7:52 am

    […] Klik sini untuk PART II […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme