Adakah kalian sekarang berkecimpung dalam bidang perniagaan atau lebih spesifik lagi dalam bidang jualan dan pemasaran? Jika ya, artikel ini untuk kalian. Jika tidak, boleh juga untuk bacaan santai, mana tahu satu hari nanti kalian terjebak dengan dengan bidang ini tanpa kalian rela pun.
Bidang jualan dan pemasaran ini sangat mencabar di peringkat permulaan. Sebab itu lah tidak hairan ramai yang masih takut untuk menceburinya. Pelbagai alasan kukuh diberikan untuk mengelak diri dari terjebak. Hihihi.
Padahalnya, hanya melalui bidang ini boleh memberi income luar biasa setelah melalui beberapa fasa kesulitan tanpa ada sifat untuk berputus asa.
Jadinya hari ini kak Rena suka untuk berkongsi 5 perkara utama yang menjadi faktor pelanggan belum bersetuju untuk membeli atau deal dengan kalian.
Ini sangat penting untuk kita kenalpasti asbab-asbabnya supaya kita tahu dan ambil maklum sebagai rujukan dan proses follow up di masa hadapan.
WANG / DUIT
Soal kewangan merupakan perkara paling utana yang akan dipertimbangkan oleh seseorang pelanggan sebelum bersetuju untuk membuat pembelian. Part jurujual kena ajukan soalan berkualiti berkenaan latar belakang kerjaya kepada pelanggan.
Sekiranya pelanggan sememangnya tidak berkemampuan untuk sesuatu produk yang ditawarkan samada produk servis atau produk fizikal, jurujual tidak sepatutnya memaksa pelanggan membuat pembelian.
Sekiranya pelanggan mempunyai pekerjaan tetap atau ada latarbelakang kewangan yang bagus, dan mereka tak bersetuju untuk membeli, ada kemungkinannya bukan disebabkan oleh faktor kewangan.
MASA
Ada ketikanya para jurujual bertemu dengan seorang pelanggan yang sangat sibuk dengan rutin harian. Untuk pelanggan sebegini, proses follow up berulang kali sangat-sangat diperlukan. Maklumlah, pelanggan yang sangat sibuk ini kebiasaan tiada masalah dengan kewangan.
KEPERLUAN
Sekiranya kita bertemu dengan pelanggan yang tiada masalah kewangan, ada banyak masa lapang (tak sibuk sangat), namun jika sekiranya masih juga bertangguh untuk membuat keputusan membeli, ini bermakna pelanggan kita itu masih belum benar-benar nampak keperluan kenapa mereka perlu memiliki produk yang kita tawarkan.
Daripada sini, sangat penting untuk kita kongsikan kelebihan atau faedah sesuatu produk berbanding ciri-ciri produk. Testimonials atau review dari pelanggan sedia ada juga sangat penting untuk dikongsikan.
KETERDESAKAN / URGENCY
Bahagian keterdesakan ini sangat membantu pelanggan membuat keputusan dengan pantas. Pelbagai cara dan kreativiti boleh digunakan untuk mengaplikasikan faktor ini. Asalkan kita masih memegang amalan integriti dan kejujuran dalam aktiviti berjualan.
KEPERCAYAAN
Haaa, part ini paling utama sekiranya keempat-empat faktor di atas tidak membantu dalam proses nak meyakinkan pelanggan tentang produk yang kita usulkan.
Antara cara dan kaedah yang diperlukan ada mempersiapkan diri kita untuk dikenali lebih ramai orang samada secara berdepan atau di alam maya.
Kesimpulan daripada entry kak Rena hari ini, walau apa pun effort yang kita curahkan dalam bidang jualan yang kita ceburi, selalu ingatkan diri sendiri bahawasanya kita hanya boleh buat part kita iaitu perkara yang kita boleh kawal, selebihnya (perkara diluar kawalan kita) kita serahkan pada Dia yang memberi rezeki.
Selalukan amalkan Amalan Murah Rezeki sebagai pelengkap pada usaha gigih kita. Sekiranya kita dah berada di platform perniagaan yang betul yang mana telah ramai orang mencipta kejayaan, teruskan usaha dan sentiasa perbaiki dan dan tambahkan ilmu pengetahuan dalam bidang yang kita kerjakan.
Sekian, semoga bermanfaat.
Leave a Reply