Seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat, hampir semua orang menggunakan smart phone atau telefon bimbit sekarang ini. Smart phone bukan sahaja digunakan untuk membuat dan menerima panggilan.
Dengan smart phone, pelbagai perisian aplikasi dapat dimuat turun untuk pelbagai kemudahan sebagai alat komunikasi dan pengurusan sesuatu tugas. Ada aplikasi yang berupa alat hiburan dan permainan atas talian.
Apabila penggunaan smart phone tanpa had masa, tentunya penggunaan bateri telefon sangat kuat dan cepat habis bateri. Oleh yang demikian, maka tercipta lah sejenis alat yang dipanggil powerbank yang berguna sebagai back up battery untuk smart phone.
Powerbank semakin laris dijual bagi memenuhi keperluan pengguna smart phone. Pelbagai syarikat pengeluar yang pesat mengeluarkan powerbank dengan pelbagai kapasiti kuasa, rekabentuk dan saiz.
Bagi individu yang terlibat dengan bidang perniagaan atau jualan, tentunya powerbank menjadi alat yang sangat penting dalam urusan kerja harian. Mereka ini tak boleh beri ruang untuk telefon bimbit kehabisan bateri.
Bukan apa, dikhuatiri pelanggan tidak dapat menghubungi mereka ketika telefon bimbit atau smart phone dalam kehabisan bateri. Jangan terkejut apa bila mengetahui ada antara mereka yang punyai 2, 3 unit powerbank sebagai back up terutamanya sewaktu diluar kawasan.
BAGAIMANA NAK MEMILIH POWERBANK YANG TAHAN LASAK.
Honestly kak Rena tak berapa tahu sangat soal ini. Kak Rena kongsikan pengalaman sendiri saja lah ya. Rata-rata ramai yang rekomen untuk pilih je ama Pineng. Kata meeeka jenama ini ketahanan jangka hayat lebih lama dan tahan lasak.
Dari segi kapasiti kuasa powerbank pula, kak suka pilih yang berkapasit besar terus iaitu 20 000 maH. Bagi kak Rena biarpun ianya berat skit untuk di bawa namun ianya tahan lama dan boleh caj untuk beberapa kali sebelum powerbank dicaj semula.
Seronok tengok ada yang jenis fancy comel-comel dari pelbagai jenama dengan harga yang sangat murah. Namun dari segi ketahanan, sangat tak tahan lama dan cepat rosak. Hmmm comel luaran saja kannn! 😅
Mungkin ada lagi jenama-jenama lain yang elok dan berkualiti baik yang mungkin tidak kak Rena ketahui. Sekiranya kalian ternampak entry kak Rena ini dan berpengetahuan tentang powerbank, sudikanlah berkongsi pendapat di ruangan komen ya. Kak Rena sangat menghargainya.
Walaubagaimanapun, ketika menaiki flight, powerbank dilarang keras untuk dibawa masuk ke dalam check in baggage. Powerbank hanya dibenarkan bawa ke ruangan kabin tempat duduk penumpang dalam pesawat.
Sekian perkongsian kak Rena untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
Leave a Reply