Persoalan ini sering bermain di kotak fikiran kak Rena ketika awal-awal berkecimpung dalam bidang kejurujualan sepenuh masa 5 tahun lalu.
Pada ketika itu, hanya berbekalkan azam dan doa yang kuat untuk mengubah kehidupan pada masa itu. Banyak suara-suara sumbang kedengaran ketika itu termasuklah ada yang menyindir melihat kesungguhan bekerja kak Rena duk melawan diri demi nak menyesuaikan diri dengan bidang baru dalam hidup kak Rena.
Antara suara dan sindiran yang diterima “adakah kau tidak bersyukur dengan apa yang kau sudah ada. Kerja bersungguh sampai sanggup keluar pagi balik lewat malam. Anak-anak ditinggalkan di rumah pengasuh. Fuhh, merah padam juga muka bila kena sekali sekala macam itu.
Itu semua kisah dulu-dulu lah kan. Namun nasib baik lah kak Rena jenis coooool dan hanya pekakkan telinga, terus usaha. Macam kisah sang katak yang pekak berusaha gigih sampai berjaya pulak ya. 😀
Jadinya la kan, kak Rena ada lah jugak bertanya dengan seorang sifu bisnes ni. Tanya kak Rena adakah apa yang kak Rena usahakan sungguh-sungguh ini tanda kak Rena tidak bersyukur? Sifu tersebut menjawab dengan ajukan soalan balik pada kak Rena. “Apa makna syukur bagi akak?”
Haa sudah! Kita tanya dia, dia tanya kita balik. Kak Rena katalah syukur itu bila kita ucap ungkapan alhamdulillah sebagai tanda terima kasih kita pada Allah atas kurniaanNya. Sifu itu pun memberitahu, itu pun betul. Namun sebenar-benar syukur adalah bila kita dapat memberi dengan lebih.
Fuhh!! Terkejut kak Rena dengan jawapan beliau. Makna kata, kita kerja kuat, nak mencukupkan keperluan. Kerja kuat lagi dan lagi kita akan dapat extra hasil dan hasil itu kita berpeluang untuk memberi lebih pada yang memerlukan.
Waaah, agak sukar nak memahami ketika itu sebab kerja kuat masa itu belum benar-benar memberi hasil yang lumayan. Namun kak Rena suka sangat dengan jawapan sifu tadi.
Jawapan itu memberi makna, kita memang dituntut untuk kerja kuat selagi kita tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini.
Dan part kita pula, nak kerja kuat, sangat penting untuk kita pilih platform yang betul, berkesan dan terbukti bila ramai orang sudah mencipta kejayaan. Sebut platform, ada 4 faktor pemilihan platform yang akan kak Rena kongsikan dalam entry berlainan.
Sebelum kak Rena akhiri penulisan kali ini, izinkan kak Rena kongsikan 3 tanda syukur yang perlu kita ketahui.
🌹 Syukur dengan hati: Hati sentiasa ingat kepada Allah yang mengurniakan macam-macam nikmat rezeki dalam hidup kita.
🌹 Syukur dengan lidah: Selalu amalkan membaca zikrullah.
🌹 Syukur dengan perbuatan: Melalsanakan perintah Allah dan meninggalkan larangan. Ringankan tangan untuk bersedekah Serta melakukan amal soleh.
In sya Allah mudah-mudahan. Semoga enty ini memberi manfaat pada semua. Juga peringatan untuk diri kak Rena juga!☺️
Iye betul. Kita kerja kuat untuk memberi lebih kepada mereka. Mungkin sebelum ini kita kerja untuk keluarga kita sahaja tetapi bila kita kerja lagi kuat itulah rezeki untuk orang sekeliling kita. Nice sharing Kak Rena.
saya suka juga jawapan Sifu tu