Mengimbau detik awal perkenalan dengan suami kak Rena, beliau seorang yang tiada kerja tetap. Pernah jadi seorang cikgu ganti disamping jadi wireman yang servis baiki mesin basuh, kipas dan alatan elektrik lain.
Kata kat suami, Kak Rena pun sama dua kali lima. Tak ada pekerjaan tetap pun ketika itu. Hanya sebagai cikgu ganti jugak. Di sekolah yang sama di kampung beliau. Hehehe.
Selepas berkahwin, kami berhijrah ke Pulau Pinang untuk membina kehidupan baru dengan kerjaya baru. Masa itu sekitar tahun 2004.
Encik suami memohon kerja sebagai juruteknik di sebuah kilang, senang jer dapatnya dan kak Rena pula menjawat jawatan operator pengeluaran kejap-kejap gitu demi kelangsungan hidup. Kerap bertukar kilang pulak tu.
Masa terus berlalu, Encik Suami akhirnya diterima mengikuti satu Kursus khas sebagai syarat utama untuk menjawat jawatan awam kerajaan, dan Kak Rena ada lah bekerja main-main, kejap kerja kejap menganggur. Lagi demi kelangsungan hidup.
Masa berlalu terlalu pantas, Encik Suami diserapkan sebagai jawatan tetap di sebuah jabatan kerajaan. Tak lama selepas itu finally kak Rena mendapat kerja sebagai tutor di sebuah kolej swasta. Lega, dapat jugak merasa kerja yang boleh pakai ijazah masa belajar dulu-dulu. Ketika ini sekitar tahun 2008.
Kemudiannya Encik Suami masih memegang jawatan sama namun dah mulakan bisness part time kecil-kecilan ketika itu. Al maklum hidup di Lembah Klang, pendapatan bawah RM 3000 sebulan termasuk dalam kategori miskin bandar. Jadi kita cuba nak keluar dari zon selesa.
Setelah bisnes Encik Suami makin ok, kak Rena beranikan diri untuk resign lagi dalam kerjaya yang kak Rena kira agak secure atas dorongan beliau. Kiranya main terjun jer ke bidang bisnes secara sepenuh masa yang kak Rena sendiri tiada pengalaman cukup untuk menguruskan bisnes.
Masa pantas berlalu, bisness kami tak kekal lama namun apakan daya hidup perlu diteruskan. Ketika itu komitmen bulanan makin bertambah. Ada terfikir nak masuk kerja makan gaji semula, namun rasa macam kita dah seronok dalam bidang bisness.
Jadinya lagi sekali kak Rena beranikan diri mencuba suatu bidang baru yang kak Rena amat gentar dan takut untuk bermula. Yer lah kan, sebelum itu ada mencuba-cuba nasib menjual pelbagai jenis barangan secara online. Namun hasilnya kurang memberangsangkan.
Kak Rena bulatkan hati tekadkan jiwa, tanam kepercayaan dalam diri, hati dan minda, inilah kerjaya untuk kak arena mengubah kehidupan kak Rena bersama keluarga kecil kami bila melihatkan sudah ramai yang sudah pun berjaya.
Lagipun syarikat itu pun dah lama dan stabil kat Malaysia. Produk yang di bawa pun bermanfaat untuk masyarakat Malaysia. Income yang ditawarkan, ehemm ehhems ehhemms, kak Rena sangat suka! 😍 Bersama pula pasukan yang begitu hebat dan champion No1 di Malaysia. Fuhhhh.
Tak lama kemudian, Encik Suami ikut jejak. Kak Rena pula masih setia bersama syarikat itu sehingga sekarang. Bermula dengan cuba-cuba juga menjadi makin serius, finally Encik Suami memberanikan diri untuk bercuti tanpa gaji pada kerja hakiki beliau. Beliau kemudiannya terus meletakkan jawatan sepenuhnya sebagai penjawat awam.
Kini kami berada di bawah bumbung majikan yang sama. Sungguh berbeza dari yang dulu-dulu bahawa kami kerja untuk hidup.
Alhamdulillah kini kami memang punyai spirit yang aneh iaitu hidup untuk bekerja, tak jemu bekerja nak membantu insan-insan seperti kami untuk tidak gentar nak bermula demi sebuah kejayaan dan matlamat hidup.
Leave a Reply