Bila sebut pasal ego, ia wujud dalam hampir semua umat manusia. Tiada siapa pun dapat menyangkalnya. Sama ada kita sedar atau tidak, sikit atau banyak, ego ada bertapak dalam diri seseorang.
Ego merupakan satu sikap di mana seseorang tidak mahu mengalah dan merasakan dirinya sentiasa betul, keras kepala serta tidak kenal putus asa.
Kebanyakan sifu-sifu dalam dunia perniagaan akan kerap menyebut bahawasanya ego merupakan halangan terbesar bagi seseorang yang mahu berjaya dalam hidup.
Antara contoh ego dalam diri dalam mencapai kejayaan adalah;
- Ego nak belajar benda baru. Selalu menjangkakan perkara mudah datang dalam hidup.
- Ego nak pergi belajar dengan orang-orang yang dah berjaya.
- Ego dengan diri sendiri untuk keluar dari kebiasaan dan zon selesa
- Ego untuk mengaku tak tahu atau tak pandai nak buat sesuatu perkara
- Ego dan malu nak bertanya dan sukar untuk memohon maaf sekiranya ada buat silap atau untuk membetulkan keadaan.
Secara keseluruhannya, sangat sukar nak mencapai kejayaan dengan adanya ego menebal dalam diri. Ada beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk kurangkan ego dalam diri.
Antaranya adalah sentiasa bermuhasabah diri, selalu istighfar serta sentiasa bersyukur dengan apa yang ada, Lihat balik matlamat utama yang ingin di capai dan ikut cara orang-orang yang dah berjaya. Daripada sini ego yang menebal akan mulai menipis.
Sekiranya kita merasakan terlalu sulit nak merendahkan ego, jumpa seseorang yang akan menjadi cerminan untuk diri kita. In sya Allah, di mana ada usaha, di situ pasti ada jalannya.
Semoga bermanfaat perkongsian dari Kak Rena untuk kali ini.
Terbaik kak na 👍
Terbaik kak na 👍