• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Kisah Perjuangan

Kisah Perjuangan

30 April 2019 by sarena Leave a Comment

Perjuangan membawa erti kita berusaha terhadap sesuatu sehingga kita berjaya mendapatkannya. Hanya mereka yang berjaya melalui beberapa proses mencapai kejayaan dapat memahami erti perjuangan sebenar.

Di awal pembabitan kak Rena dalam bidang jualan, agak kompius bila rakan-rakan bidang yang sama asyik menyebut, “fight la”, “ko mesti fight” , “keep fighting”, rata-rata menyebut tentang fight & fighting. Fighting bermaksud berjuang. Fighter bermaksud pejuang.

Lama-kelamaan kak Rena mulai mengerti maksud perjuangan itu. Hanya mereka yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan jualan akan memahami sebenar-benarnya perjuangan. Yer ler bidang ini sebenarnya 500% bergantung harap dengan usaha & ikhtiar sendiri serta doa yang tak putus.

APA YANG DIJUANGKAN?

Jadi apa sebenarnya yang dijuangkan? Kebiasaan perjuangan utama dalam hidup adalah untuk memperbaiki taraf ekonomi hidup. Dengan perubahan ini, perkara-perkara lain akan ikut berubah.

Dalam keadaan dunia serba serbi mahal sekarang ini, kehidupan dengan pendapatan hasil kerja makan gaji yang cukup-cukup makan tentulah tidak mencukupi.

Ini memaksa kebanyakan para perkerja makan gaji yang dah selesa dengan kerja cuba mencari side income atau peluang berniaga untuk menampung kos sara hidup yang makin meningkat dari sehari ke sehari.

Ada yang sanggup membuat pelbagai jenis bisness part time untuk membantu perbelanjaan bulanan. Ini antara yang perjuangan yang diperjuangkan dalam hidup. Semuanya demi kehidupan yang lebih baik dan terjamin.

BERJUANG DI PLATFORM YANG BETUL

Kata seorang yang dah berjaya dalam bidang perniagaan, untuk kita maju dan berjaya dalam hidup pada peringkat awal, sangat perlu kita fokus pada satu bidang sahaja.

Membuat pelbagai jenis perniagaan atau jualan dalam satu masa akan menyebabkan kita tak dapat menumpukan sepenuh perhatian pada kesemua bisness yang kita jalankan.

Apa kata kita fokus satu bidang dulu sehingga betul-betul mencapai kejayaan besar dan memperolehi hasil yang lumayan sebelum memulakan bisnes sampingan lain yang kita minati.

Untuk mencari bisnes apa yang perlu kita betul-betul fokus adalah dengan membuat pemilihan platform yang betul dan terbukti telah ramai yang berjaya bersamanya.

Bila keputusan telah dibuat, kita perlu memastikan diri kita berhabisan berusaha sampai jadi. Belum jadi, buat lagi sampai jadi. Orang lain boleh berjaya, kenapa tidak kita.

Yakin pada diri sendiri dan tanam azam yang kuat untuk mencipta sekecil-kecil kejayaan demi sebuah kejayaan yang lebih besar dan lebih lebih besar di masa hadapan. In sya Allah kejayaan pasti milik kita.

Akhir kata dari kak Rena, jadilah hero kepada diri sendiri dan orang sekeliling yang kita kasihi. Jangan sesekali mengharapkan perkara mudah dan senang datang dalam hidup kita. Sebaliknya selalu mendoakan kita diberi kekuatan untuk mengharungi apa jua kesulitan, cabaran dan dugaan yang mendatangi kita. Wallahuallam.

Artikel menarik untuk anda:

Cerita Kejayaan

Cerita Kejayaan

Setiap orang mengimpikan sebuah kejayaan. Yang tak tahan tu terus mengharapkan kejayaan yang besar. Bukan ker kejayaan besar terhasil dari kejayaan-kejayaan kecil….... Baca selanjutnya »

Atasi Ketakutan Itu

Atasi Ketakutan Itu

Bila kita mahu mencapai sesuatu dalam hidup, kita perlulah berani membuat perkara yang boleh jadi kita takut nak lakukannya atau kita segan…... Baca selanjutnya »

Perjalanan Sebuah Kejayaan

Perjalanan Sebuah Kejayaan

BismillahirrahmaanirrahiimEntry hari ini agak lewat kak Rena tulis. Al maklum kami baru selesai untuk acara gilang gemilang pasukan…... Baca selanjutnya »

Teladan Dari Kisah Sekumpulan Katak

Teladan Dari Kisah Sekumpulan Katak

Untuk entry kali ini suka kak Rena untuk berkongsi tentang kisah sekumpulan katak. Kisah ini kak Rena dengar pun daripada perkongsian seorang…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, erti perjuangan, kisah perjuangan, pejuang kehidupan

Previous Post: « Beza Jualan Dan Pemasaran
Next Post: Tak Salah Berangan »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme