Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi di atas limpah kurnia dariNya yang tak ternilaikan. Bersyukur sangat dipertemukan dengan sebuah platform bila mana kita buat bersungguh, usaha sungguh-sungguh, rewardnya lain macam.
Antara reward yang paling menyenangkan hati kak Rena bila dapat menggembirakan orang sekeliling kak Rena. Baik dari keluarga terdekat mahupun keluarga tempat kerja. Allahuu, terharu rasa hati bila dapat berkongsi rezeki dengan lebih ramai orang.
Rezeki itu dari Allah taala buat orang-orang yang berusaha mengusahakan sesuatu. Dengan syarat platform yang kita berada itu memberi manfaat kepada ramai orang di luar sana. Kak Rena bersyukur sangat-sangat dipertemukan dengan kerjaya hidup.
Tentunya ia bukan sesuatu yang mudah. Banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuhi dengan kental. Ada sifu pernah berkongsi, untuk kita kekal bertahan dalam satu-satu bidang, kita perlu besarkan impian kita supaya ujin dan dugaan tadi kelihatannya sangat kecil dan kerdil untuk kita layan lebih-lebih.
Ini antara yang kak Rena kongsikan buat dua orang rakan yang baru sahaja baru nak bermula di platform yang sama dengan kami. Hari ini kak Rena sangat gembira bila selesainya majlis iftar kami bersama-sama sebelum masing-masing akan pulang ke kampung halaman.
Gambar-gambar sepanjang majlis iftar kami tadi kak Rena kongsikan dengan kalian ya. Meriah betul, besar kan keluarga kerja kami ni kan? ☺️
Leave a Reply