• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Malu Apa Bossku

Malu Apa Bossku

18 May 2019 by sarena 4 Comments

Malu adalah suatu perasaan yang hadir dalam diri seseorang terhadap sesuatu perkara atau situasi. Malu yang dimaksudkan boleh jadi perkara yang baik dan jugak perkara yang tak baik dalam kehidupan seharian kita.

Malu untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik adalah dituntut dalam agama. Ini sangat bagus kerana boleh menghindarkan diri kita dari sewenangnya melakukan perkara mungkar tanpa rasa bersalah.

Malu untuk melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, sangat tidak patut dibiarkan. Secara azalinya, setiap orang punyai sifat malu, namun bagaimana untuk menggunakan sifat malu tersebut.

Contoh mudah boleh dilihat dalam bidang jualan. Ramai yang tahu bidang perniagaan yang melibatkan jualan mampu memberi pulangan pendapatan lumayan, namun ramai sangat yang masih malu untuk menceburinya.

Ada juga yang asalnya sanggup ketepikan malu bila datangnya semangat kental nak capai matlamat hidup dalam bidang jualan, namun sifat malu datang kembali bila mana dirasakan usaha yang dilaksanakan tidak membuahkan hasil.

Malu apa bossku, adalah suatu trend masa kini yang kerap digunakan oleh mereka yang terlibat dalam bidang jualan setelah melalui beberapa fasa kesulitan dan mulai nampak jelas hasil lumayan yang bakal diperolehi dengan mengenepikan sifat malu dalam usaha.

Kiranya kak Rena suka sangat dengan term ini dan menyokong penuh pada sesiapa yang menjadikannya sebagai motivasi diri untuk terus kuat dan kental dalam suatu bidang yang mana ramai orang malu sangat nak letakkan usaha.

Sedikit nasihat kak Rena, sifat malu perlu ada dalam diri untuk perkara yang tidak baik, namun jangan sesekali malu untuk sesuatu yang bermanfaat yang boleh memberi hasil yang masyuk dan lumayan.

Malu apa bossku! Selagi mana kita berada dalam platform yang betul, teruskan berjuang kepada kehidupan yang lebih baik. Caiyokkk!!! 😀💪🏻

Artikel menarik untuk anda:

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Sekiranya Anda Masih Memburu Impian Hidup, Anda Wajib Tahu 4 perkara Ini.

Daripada entry kak Rena sebelum ini, kak Rena ada menyentuh kenapa kita perlu ada matlamat dalam hidup. Matlamat hidup adalah sangat…... Baca selanjutnya »

Atasi Ketakutan Itu

Atasi Ketakutan Itu

Bila kita mahu mencapai sesuatu dalam hidup, kita perlulah berani membuat perkara yang boleh jadi kita takut nak lakukannya atau kita segan…... Baca selanjutnya »

Kisah Perjuangan

Kisah Perjuangan

Perjuangan membawa erti kita berusaha terhadap sesuatu sehingga kita berjaya mendapatkannya. Hanya mereka yang berjaya melalui beberapa proses mencapai kejayaan dapat memahami…... Baca selanjutnya »

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Kenapa Kita Perlu Ada Matlamat Dalam Hidup

Assalamualaikum & Selamat Pagi.Entry ini adalah sambungan kepada kisah cita-cita zaman kanak-kanak pencetus awal matlamat hidup dan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, malu apa, Malu apa bossku, sifat malu, Tips Capai Impian Hidup

Previous Post: « Impian Tercapai Hanya Melalui Satu Platform
Next Post: Colek & Bulan Puasa »

Reader Interactions

Comments

  1. Piyan

    18 May 2019 at 11:36 pm

    Kalaulah dengan malu tu saya boleh bayat komitmen saya, tentu hari-hari saya malu.

    Terima kasih atas perkongsian kak rena.

    Reply
  2. Sheera

    18 May 2019 at 11:43 pm

    Ilmu yg bermanfaat. Terbaik 👍

    Reply
  3. Sheera

    18 May 2019 at 11:43 pm

    Ilmu yg bermanfaat. Terbaik 👍

    Reply
  4. Sabrijati

    23 May 2019 at 11:54 pm

    Saya akan sentiasa lawan perasaan malu kerana saya tahu apa matlamat yang saya ingin capai. Terima kasih kak rena sentiasa berikan motivasi dan semangat.
    Sabrijati recently posted…SELAMAT PULANG KE KAMPUNGMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme