• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Impian Hidup / Pakej Wanita Besi

Pakej Wanita Besi

3 May 2019 by sarena 1 Comment

Wanita besi adalah panggilan buat seorang wanita yang kuat jiwa dan raga serta kuat fizikal dan mental. Mereka adalah wanita yang tak mudah gentar dengan cabaran hidup.

Makin diuji makin kuat jadinya. Di sebalik kelembutan, ada satu semangat dan tenaga luar biasa yang dianugerahkan oleh Pencipta yang Maha Esa buat wanita.

Di dalam kehidupan sehari-hari kita, kita memang tak boleh nak lari dari masalah, ujian melanda, kesulitan dan kekusutan. Namun bagi wanita besi, perkara itulah yang membuatkan mereka lebih tabah dan kuat serta terus sabar mengharunginya.

Untuk entry kali ini, kak Rena kongsikan beberapa tips untuk menjadi seorang wanita yang berjiwa kental, tak mudah mengalah dalam memperjuangkan kehidupan kepada yang lebih baik.

Semua point ini kak Rena ada kongsikan semasa sessi kak Rena bersama wanita-wanita hebat di Alor Setar 3 minggu lalu. Dan point ini kak Rena compile sendiri hasil bacaan dan juga dari pengalaman sendiri.

  1. Mindset, hal ini paling utama kerana tanpa ada mindset yang positif segala usaha dan cita-cita menjadi sia-sia.
  2. Senyum dan tenang bila berlaku sesuatu diluar dugaan kita. Jangan mudah sentap dan menyalahkan keadaan. Bertenang dan banyakkan bermuhasabah diri.
  3. Abaikan perkara remeh dan kecil akan memudahkan urusan yang selebihnya. Membesarkan perkara kecil akan merumitkan lagi keadaan.
  4. Berkebolehan menghiburkan diri sendiri. Cari sesuatu yang boleh menggembirakan diri bagi menghilangkan segala penat lelah dan permasalahan. Dan sesuatu itu pasti bukan sesuatu yang tidak baik dan memudaratkan.
  5. Reward diri & adakan me~time. Setelah penat berusaha dan dengan hasil usaha yang diperolehi, buat sesuatu sebagai reward. Tak perlu yang mahal-mahal pun untuk permulaan. Asalkan ada.
  6. Simpan duka lara. Part ini payah nak buat, namun boleh cuba. Pujuk diri untuk lebih redha dengan sesuatu yang di luar kawalan kita.
  7. Fokus pada penyelesaian & elakkan fokus pada permasalahan. Hati akan jadi lagi tenang bila sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan baik.
  8. Sentiasa upgrade knowledge & skill. Bila kita mahukan perubahan dalam hidup ilmu dan kemahiran perlu di cari dalam keadaan masa yang terhad.
  9. Bijak buat keputusan dan pilihan. Bijak di sini bukan bermakna semua keputusan dan pilihan yang kita buat itu betul belaka, tapi kita dapat menerima seadanya apa jua kemungkinan yang datang kesan dari keputusan dan pilihan itu.
  10. Memanfaatkan masa sebaiknya. Menghargai masa dan menggunakan sebaiknya agar kita tak melakukan perkara yang leka dan sia-sia yang tidak mendatang hasil yang baik.
  11. DUIT iaitu Doa Usaha Ikhtiar dan Tawakkal semasa mengusahakan sesuatu perkara demi diri sendiri dan keluarga. Perkara ini wajib di fahami dan diaplikasikan sebaiknya.

Bak kata orang, bukan senang nak senang namun tak susah nak letakkan usaha dengan sepenuh hati. Dunia sekarang, terlalu ramai wanita yang mencipta pelbagai rekod kejayaan dalam pelbagai bidang.

Ayuhh wanita, bangkit dari semua kekecewaan dan kegagalan masa lalu. Yakin pada diri sendiri dan lakukan perubahan dalam hidup kita demi orang-orang yang kita sayang. Semoga bermanfaat buat semua wanita di luar sana. Jadilah wanita yang bukan biasa-biasa.😘

Artikel menarik untuk anda:

Wanita dan Kerjaya

Wanita dan Kerjaya

Manusia adalah sebaik-sebaik kejadian yang Allah ciptakan sebagai penghuni di muka bumi yang sementara ini. Dan wanita pula, kejadian asalnya…... Baca selanjutnya »

2 Minit Yang Sangat Bernilai

2 Minit Yang Sangat Bernilai

Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Fuhh, ayat ini betul-betul menangkap hati dan perasaan. Siapa yang dapat menghayatinya, pasti akan…... Baca selanjutnya »

Dari Wanita Kepada Wanita

Dari Wanita Kepada Wanita

Hujung minggu yang lalu, kak Rena dan keluarga meluangkan sedikit masa di Alor setar Kedah untuk suatu program yang kami namakan dengan…... Baca selanjutnya »

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Wanita, Antara Keluarga & Kerjaya Mana Lebih Utama.

Menyambung kisah Wanita dan Kerjaya tempoh hari, suka kak Rena mengupas lebih dalam tentang topik ini. Al maklum kak Rena pun…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Impian Hidup, Umum Tagged With: Blog Kak Rena, dugaan hidup, pakej wanita besi, Strong woman, this is woman, wanita itu kuat

Previous Post: « Makan-Makan Di Cozy House
Next Post: Ketepikan Ego »

Reader Interactions

Comments

  1. Putri

    4 May 2019 at 12:05 am

    Ramai wanita berjiwa kental diluar sana diuji dengan seribu macam dugaan yang menjadikan jiwa raga mereka kental sekental kentalnya💪🏻

    Coretan ini amat bermakna,

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme