Kali terakhir kak Rena naik motosikal adalah masa kerja kilang kat penang lepas grad dulu-dulu sekitar tahun 2001. Walaupun ATV ni tak sama ngan motor biasa, tapi konsep dia lebih kurang sama. Press minyak kat tangan, break kat kaki. So, kira samalah sikit-sikit. Hihi.
Kenderaan ATV ini bertayar 4 dan tak der lah mencabar sangat pun bagi sesetengah penggemar aktiviti lasak. Namun bagi kak Rena, sudah cukup mencabar.. ๐ Dan kat Malaysia pun ada jer ni cuma tak pernah mencoba.
Dan ini cobaan kali pertama manaiki ATV berlaku di Cappadocia, Turkey. Beza kat sini view dan jalan sekitar melalui lembah berbukit dan berbatu yang sangat unik. Subhanallah sungguh cantek bila teringat-ingat balik.
Sebelum bergerak berjemaah, kami diberi taklimat ringkas menggunakan ATV ni. Selain tu, mereka juga ada memberitahu sebarang kemalangan jiwa atau apa-apa yang berlaku adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Makanya Kak Rena pun yang berada di kedudukan kedua daripada 15 ATV memulakan perjalanan atas jalan berpasir dan berbatu yang tak rata dengan menggendong anak ke2 Kak Rena, Rayyan kat belakang.
Jalan yang kami lalui kejap semua pasir, kejap ada lobang-lobang, kejap berbatu & bukit skit-skit. Fuhh.. lenguh gak nak kontrol โhandleโ untuk elakkan ATV hilang arah atau terbalik.
Jeng jeng.. masa tu betul-betul suspen lah kak Rena rasa…๐
Perjalanan bergerak lancar memandang Kak Rena menunggang dengan penuh sopan (hahahah sopanlah sangat๐), teliti dan fokus. Sambil mata terperit-perit sebab mengelak pasir akibat angin kuat yang amat. Bila terlalu berhati-hati ni, dalam hati asik duk tanya bila nak sampai, bila nak sampai nii.. ๐
Keseluruhannya, best jugakla aktiviti ni. Jauh jugak dorang bawak kami pusing keliling diiring dengan motor skuter untuk memastikan kami sentiasa berada dalam barisan.. waahh.. konvoi gitu.. ada 2 tempat checkpoint untuk kami berenti rehat dan bergambar.
Ada yang bercadang nak datang Cappadocia, wajib try aktiviti ni selain naik belon panas. Kalau kat Pamakkule, aktiviti paragliding pun ada cuma Kak Rena tak berapa nak berani untuk mencuba. ๐
Kita naik yang kat darat cukup lah kann..
Sedikit pengalaman kak Rena dan keluar kecil Kak Rena menziarah Negara Turkey pada tahun 2018 yang lalu.
Waaaahhh.. Hope one day i will bring my lovely family too to turkey๐ช๐ช๐ช
Wah bestnya pergi cappodicia. Salah satu tempat dalam wish list.