Malam ini kak Rena tetiba nak kongsikan pengalaman musim sejuk di Negera Korea. Trip ini kak Rena adhoc plan pada 31 Jan – 5 Feb 2018 yang lalu. Objektif utama tak lain tak bukan nak melalui pengalaman musim sejuk bersama keluarga kecil kak Rena.
Anak-anak memang excited habis sebab belum pernah mereka merasi musim sejuk di negara yang ada 4 musim setiap tahun. Trip ini kak Rena santai-santai plan sendiri. Kiranya main redah sahaja.
Antara objektif kedua adalah untuk membawa anak-anak melawat pusat penyelidikan syarikat majikan kak Rena yang terletak di National University of Seoul.
Bila nak travel dalam musim sejuk, antara persiapan yang wajib disediakan adalah baju / jaket tebal, pakai lapisan kedua tahan sejuk atau dikenali long john, stokin dan sarung tangan termal. Tidak dilupakan paket pemanas untuk tangan dan badan.
Flight kami belah petang jadi kami tiba di malam hari. Oleh kerana dah serik dengan pengalaman dengan trip Hong Kong sebelum ini, kami tak ambil hotel untuk check in malam hari. Dikhuatiri lewat sampai.
Jadinya kami hanya stay di Incheon Airport. Keesokkan paginya baru lah bergerak ke hotel penginapan kami yang kak Rena pilih untuk bermalam di kawasan Myeondong. Sebut Myeondong, para wanita dah boleh gambarkan kawasan situ tempat yang bagaiman. 😍😍
Kiranya kak Rena hanya pilih satu tempat penginapan sahaja sepanjang 5 hari 4 malam berada di sana. Senang tak perlu berpindah randah ke banyak hotel. Lagipun kat Myeondong ini meriah sungguh tempatnya.
Antara tempat yang kak Rena dan keluarga melawat adalah di Nami Islamd dan kawasan sekitar. Short trip ini kak Rena amik pakej dari sebuah aplikasi dengan kadar yang lebih jimat.
Kak Rena tak bokeh nak recall sangat macam mana perjalanan trip kami di sana. Yang pasti suhu sangat sejuk sehingga mencecah -11 hingga -15 darjah celcius. Fuhhh bercakap pun memang keluar asap kepul kepul. Tudiaaa nak sangat merasa winter time kan.
Ada keadaan tu, mulut dan hidung terpaksa ditutup dengan selndang khas tahan sejuk. Fuhh.. walaupun tiada rezeki kami nak merasa pengalaman salji turun, namun keadaam sejuk teramat tu terasa sampai ke tulang tu.
Yang agak kelakar, pantang jumpa alat pemanas yang ada dalam kedai-kedai, kami pasti akan singgah masuk. Bukan masuk nak shopping tapinya semata-mata nak panaskan tangan dan seluruh badan. Huhuhu. Apa nak buat kita jakun tak biasa keadaan sejuk macam itu.
Apapun, pengalaman ini sangat bermakna buat kami sekeluarga. Moment yang tak dapat dilupakan. In sya Allah ada rezeki dan panjang umur ingin aangat merasa musim lain pula di masa hadapan.
Leave a Reply