• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Travel / Genting Dream Cruise Yang Sungguh Gah & Serba Mewah

Genting Dream Cruise Yang Sungguh Gah & Serba Mewah

12 March 2019 by sarena 3 Comments

Di keheningan suasana malam ini, tetiba Kak Rena rasa nak sambung cerita pengalaman naik Cruise dari Singapore ke Penang – Phuket – Singapore. Bila mana terpandang view dari tingkap rumah Kak Rena ni haa.

KL waktu malam

Baiklah, menyambung kisah naik Cruise, setibanya di perkarangan letak bas, maka berpusu-pusu lah kami menuruni bas dan beratur untuk memasuki tempat check in baggage sebelum menuju ke tempat boarding Dream Cruise. Prosedur lebih kurang macam naik flight jugak.

Access Card untuk bilik merangkap kad untuk pembelian semasa atas Cruise

Dipendekkan cerita setelah selesai semua perkara, masa tu siap buat live lagi kat fb, kak Rena dan suami pun menuju kawasan pejalan kaki ke arah kapal besor the Dream Cruise. Wahh masa 1st time nampak dekat tu, terkezzut yang amat melihatkan kapal yang sungguh besar ini.

Tudiaa, besaq sungguh!

Bila dah masuk jer dalam cruise ni, perasaan lain macam sungguh. Macam tak percaya pun ada. Yer ler, dulu-dulu Kak Rena dengar-dengar dan tengok jer orang naik Cruise sampai bermalam. Tak sangka pulak kali ni kita yang berpeluang.

Kak Rena dan suami dapat bilik di Deck 10 yang mana bilik ni ada balcony mengadap lautan. Waah lagi sekali rasa terharu yang amat. Bila masuk jer dalam bilik, cantik sungguh rekabentuk dalaman dan bilik air pun elok cantik semuanya.

Yang paling rasa agak jakun, ON jer TV haa pulak dia keluar nama kita dan roomate. Wah wahh.. layanan istimewa betul ni.

Haaa.. nindiaaa 😍

Semasa kak Rena berjalan menuju ke bilik sempat la jeling kiri kanan atas bawah, serba mewah sungguh dia punya design dan mostly krew yang bertugas pesyen mesra alam dan baik hati semuanya.

Di kesempatan ini kak Rena kongsikan lah dengan semua yang sudi singgah kat blog Kak Rena ni apa yang best sangat dengan Dream Cruise ni. Apa facilities yang ada serta berapa tingkat semuanya yang menjadikan ianya kelihatan gah sungguh!

Silalah intai tengok best ke best Dream Cruise ni 😍

Kapal berlabuh dari Marina Bay dalam pukul 5 petang macam tu merentasi Selat Melaka menuju Penang. Fuhh lama benar tak sampai Penang tauu. Apa kami buat kat atas Cruise tu..? Apa moment yang paling diingati?

Ok lah rasanya setakat ini sahaja dulu noh, nanti kak Rena sambung lagi untuk part 3 tauuu.

Selamat malam.

Artikel menarik untuk anda:

Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup

Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup

Setiap orang punyai impian dan cita-cita tertentu yang ingin di capai dalam hidp. Begitu jugalah kak Rena ni haa 😀... Baca selanjutnya »

Cabaran & Dugaan Itu Menjadikan Kita Lebih Kuat, Tabah dan Kreatif

Cabaran & Dugaan Itu Menjadikan Kita Lebih Kuat, Tabah dan Kreatif

Entry kali ini sambungan pada kisah cemas kami anak beranak bila mana hotel yang kami tempah dibatalkan oleh pihak agency tempahan…... Baca selanjutnya »

Apakah Yang Paling Anda Ingati Bila Berkunjung Ke Negara Korea.

Apakah Yang Paling Anda Ingati Bila Berkunjung Ke Negara Korea.

Sebut Korea, anak-anak muda akan terbayang femesnya K-Pop. Tak kurang juga akan terbayangkan cuaca sejuk yang mencengkam terutama…... Baca selanjutnya »

Pengalaman Hampir Kena Tipu HKD 5000 di Hong Kong

Pengalaman Hampir Kena Tipu HKD 5000 di Hong Kong

Assalamualaikum, apa khabar semuanya hari ini?Hari ini terpanggil kak…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Travel, Umum Tagged With: Cruise, Dream Cruise, Experience Cruise, Pengalaman Cruise

Previous Post: « Masalah dan Penyelesaian Elakkan Jalan Buntu
Next Post: Apakah Yang Paling Anda Ingati Bila Berkunjung Ke Negara Korea. »

Reader Interactions

Comments

  1. KakRaja

    15 March 2019 at 8:27 pm

    bestnya kalo dapat naik cruise yang belayar lebih jauh

    Reply
  2. gadisgenit

    20 March 2019 at 9:54 am

    doakan sheila pun dapat naik dreamcruise ni juga kak na deh.😍
    gadisgenit recently posted…Jutaan purnamaMy Profile

    Reply

Trackbacks

  1. Pengalaman Naik Cruise, Pertama Kali Dalam Hidup | Kak Rena says:
    19 March 2019 at 12:09 am

    […] tahu kisah selanjutnya, tunggu part 2 Pengalaman Naik Cruise Kak Rena […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme