‘Apa?? Kad Kredit? Oooo jangan carik pasal wooii!! Jangan amik, BA~HAA-YAA!!!’ Pernah tak ada orang yang menasihati kita supaya mengelakkan dari sign up untuk penggunaan kad kredit? Kalau pernah, ya itu normal berlaku sebenarnya. Mungkin di sebabkan sejarah mereka sendiri atau dari orang yang mereka kenali.
Haaa, pagi ini suka kak Rena nak mengupas kupas kupas sikit tentang penggunaan kad kredit dalam kehidupan seharian kita. Elok ker, bagus ker, tak bagus ker. Hehehe.
Sebenarnya elok ker bagus ker tak disarankan ker apa ker, semuanya bergantung pada diri sendiri. Elok kita urus cara pemakaian kad kredit, eloklah output atau benda yang bakal jadi. Tak boleh urus dengan betul, habis porak peranda dunia kita.
Kenapa ya? Mengimbau kenangan pertama kali kak Rena teringin nak sign up kad kredit sekitar tahun 2009/2010 macam itu. Masa itu kak Rena bekerja sebagai tenaga pengajar di sebuah kolej swasta.
Kak Rena dah agak lupa tujuan apa nak sign up kad kredit masa tu, yang pasti bank pertama kak Rena apply adalah Maybank. Fuhh, maka kak Rena menapaklah masuk Maybank dari tenpat parking.
Muka ada sikit malu sebab kita ni biasher biasher jer, ada hati nak pakai kad kredit. Hihihi. Dengan kompiden kak Rena bertanya pada pegawai bertugas. Setelah isi form bagai, pegawai teraebut bagitau nak apply kad kredit maybank minimum gaji perlu RM 3000.
Toing!!! Terus termalu lebih skit dari tadi. Alahaiii gaji kak Rena masa tu kasar hanya RM 2100. Bersih lagi parah. Baiklah sedar diri laju-laju. Dan tinggalkan perkarangan maybank cawangan sekitar Setia Alam masih ingat lagi.
Tidak berputus asa, kak Rena mencuba untuk apply dengan Ambank pula di hari lain yang kebetulannya tak jauh dari tenpat keje Kak Rena. Para pegawai Ambank menyambut baik dan minta kak Rena isi form.
Alhamdulillah tak sampai 3 minggu, mereka hubungi kak Rena untuk datang collect kad kredit yang sampai sekarang kak Rena masih gunapakai. Pernah tukar sekali sebab dah expired.
Dapatlah membantu membuat transaksi online macam beli tiket flight dan sebagainya yang menjadi keperluan dalam kerja kak Rena. Yang kelakarnya bila dah berada dalam bidang lain sekarang ini, banyak pulak bank duk offer dan promote suh pakai kad kredit dari bank mereka.
Siap Maybank pun sama duk offer banyak kali, namun kak Rena boleh ingatlah sejarah nak apply dulu-dulu, dari awal dorang reject kan. So dah tak nak pakai Maybank punya! Apapun kak Rena suka Maybank sebagai bank utama untuk urusan wang harian.
Maybank2u yang sangat friendly itu pun sangat membantu. Cuma kad kredit dah tak mau, merajuk even beberapa kali di tahan dan di pujuk oleh wakil jualan kad kredit maybank untuk apply. Maaf ya akak dah ada kad lain daaa, begitulah kak Rena cuba elakkan diri dari ter~ sign up. Hehehe..
KEBAIKAN PENGGUNAAN KAD KREDIT
Penggunaan kad kredit sebenarnya ada baiknya, tak der bahayanya jika kita menggunakannya secara bijak. Menggunakan secara bijak bila mana kita berbelanja di bawah kemampuan kita. Kita tidak melebihi kemampuan kita.
Hanya menggunakan kad kredit bila mana kita boleh membayarkan bil kad sebelum tempoh tamat bil kad. Sekiranya kita hanya mampu membayar bayaran minumum kad, bermakna kita belum sesuai menggunakan kad kredit.
Penggunaan kad juga memberi peluang kita menikmati faedah yang ditawarkan oleh bank panel kad kredit. Pelbagai gantaran dan pulangan balik wang dapat direbut oleh pengguna kad yang bijak.
Pengguna kad kredit terpilih juga dapat membuat pembelian sesuatu barang dengan menggunakan skim ansuran tanpa caj kadar faedah. Ini secara tidak langsung dapat menjimatkan penggunaan wang tunai penuh semasa pembelian.
Antara perkara yang perlu menggunakan kad kredit untuk penjimatan adalah seperti nak tempah tiket kapal terbang, nak buat online marketing, nak buat installment 0% interest dan sebagainya.
KEBURUKAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT
Semua benda mahu di swipe kad sehingga tak dapat dapat mengawal perbelanjaan dengan baik. Ini bakal memudaratkan pengguna kad kredit yang akhirnya membawa kepada disenarai hitam dalam rekod kewangan diri.
Kesimpulannya, penggunaan kad kredit sebenarnya lebih banyak memberi kebaikan berbanding keburukan sekiranya kita dapat mengawal penggunaan kad untuk tujuan yang sebetulnya. Jika kita jenis seorang yang tak boleh nak kawal penggunaan, lebih baik elakkan daripada menggunakan kad kredit.
Leave a Reply