Assalamualaikum & Selamat Pagi.
Apa khabar semua? Semoga sihat sejahtera hendakNya. Tengah breakfast ker tu? Jangan lupa Kak Rena ya tengah duk sedap makan tu. Ehhh, tiba-tiba pulak ya😀. Pagi ini tak der cerita makanan ya.
Pagi ini kak Rena nak berkongsi bagaimana penggunaan mesin pengering kain di rumah dapat menjimat masa 20 minit. Pengguna mesin pengering pasti bersetuju dengan kenyataan ini.
Yer ler kalau sebelum ini, lepas abis jer basuh pakaian kita terpaksa luangkan masa dalam 10-20 minit dikhaskan untuk menjemur pakaian yang kita basuh.
Nasib baik lah majoriti rumah sekarang ini dah ada mesin membasuh pakaian yang tentunya dapat juga jimat masa kat situ. Walaupun begitu masih ada juga yang mementingkan basuhan tangan untuk mencuci jenis pakaian tertentu.
Zaman berubah, masyarakat makin menggemari suatu alat yang boleh lebih memudahkan dan menjimatkan masa dalam urusan kerja harian.
Bagi wanita berkerjaya macam Kak rena ni (cewaah😀), alatan yang boleh menjimatkan masa sangat-sangat diperlukan dalam rumah. Mesin penapis air juga antara yang sangat membantu memudahkan kerja mengurus air minum keluarga. Tak perlu dah nak masak-masak air macam ini haa 👇🏻👇🏻👇🏻
Al maklum kita kan nak menjaga masa berkualiti dengan keluarga kita, kerja hakiki kita dan sebagainya. Sebelum ini pun kak Rena tak berapa percaya mesin pengering baju ini boleh membantu jimatkan masa.
Kak Rena duk ingat bila pakai dryer, kerja lagi bertambah bila dah siap mengering, ada saki baki baju yang tak kering. Jadi lagi menyusahkan (pada masa itu la kan)
Mungkin sebelum ini kak Rena pernah dengar-dengar macam itu. Rupanya kering penuh semuanya kalau tak salah setting dan kita pilih jenama yang ada kualiti dan ada feedback bagus dari pengguna sedia ada.
Jadinya kita tak perlu nak berkira sangat untuk pertimbangkan kewujudan alatan elektrik yang boleh memberi kemudahan pada kehidupan seharian kita.
Bak kata orang, duit boleh dicari, masa yang berkualiti itu yang penting untuk kita nikmati dalam hidup kita ni. Hidup kita ini kan hanya sementara.
Jadinya juga, kalian setuju lah kan mesin pengering baju ini dapat menjimatkan masa 20 minit dalam rutin harian? Say No to jemur-jemur kain, say no tu penyepit pakaian ni haaa 👇🏻👇🏻👇🏻
Apapun, terima kasih daun keladi sudi baca entry ini. Ada masa singgah lagi tauu 😀
saya memang ada plan nak beli dryer. Tapi tak thau jenama apa yang elok dan tidak terlalu mahal.
Cukup dia boleh berfungsi dengan sempurna dan harga pun mampu milik, so boleh la kerja keras buat target baru hehe.
Kalau coway ada scheme rental untuk dryer kan best 🤩
Kak na nanti tolong suggest kan brand dan model dryer beserta harga boleh?hehe
Seorang kawan kak na suggest amik model electrolux.Memang puas hati. Spend lebih skit tak per janji puas hati. jangan pula nak yang terlalu murah, tapi tak tahan lama tak syok jugak.