• Skip to primary navigation
  • Skip to main content
  • Skip to primary sidebar

Kak Rena

  • HOME
  • KENALI SAYA
  • KOLEKSI QUOTES
  • ARKIB POST
You are here: Home / Review / Penunggu Simpang

Penunggu Simpang

24 March 2019 by sarena Leave a Comment

Kelainan entry kak Rena malam ni, nak buat review sikit berkenaan slot cerekarama dari TV3 yang menghiburkan ini. Kami sekeluarga memang gemarkan rancangan drama atau telemovie dari TV3. Memang best, banyak kisah pengajarannya. Cuma masa jer agak terhad sekarang ini.

Malam ini rezeki kami dapat tonton sama-sama dalam sebuah bilik penginapan di Colmar Tropicale. Percutian ini walaupun tak dirancang, namun tepat pada waktu bila mana ia jatuh pada musim cuti sekolah. Dapatlah anak sulung kak Rena join sekali, itu yang paling utama.

Jadinya kisah keseluruhan telemovie penunggu simpang ini memang agak kelakar semacam Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah tu. Barisan pelakon pun wajah kelakar-kelakar sungguh.😃

Kenapa seakan sama? Sebabnya ada babak mesyuarat JKKK penduduk kampung. Mereka bermesyuarat bila seluruh kampung kecoh di ganggu oleh hantu. Ramai la yang terserempak bila di malam hari terutama di kawasan tapak projek baru.

Kredit Foto : Daily TV

Kisah hantu terbongkar rupanya tok ketua kampung yang tak berpuas hati demgan projek pembinaan tersebut lalu mengupah seseorang untuk menyamar jadi hantu.

Keunikan cerita ini bila menyelitkan elemen budaya group wassap penduduk kampung yang menghibutkan. Aplikasi wassap kan dah jadi medium komunikasi utama dalam masyarakat.

Jadinya ia diselitkan dalam cerita ini siap ada beberapa contoh perbualan santai daripada penduduk kampung. Dengan gosipnya, dengan left groupnya bila merajuk, minta add balik bila dah abis rajuk.

Kemuncak cerita ini bila mana muncul hantu sebenar yang mulai mengganggu kampung mereka. Kejadian ini membuatkan tok ketua kampung panic dan mengaku silap dan salahnya.

Tok ketua kampung dikecam sungguh-sungguh sehingga ada yang mencalonkan orang lain untuk amik alih jawatan ketua kampung. Kampung kembali aman sesudah mereka sepakat untuk adakan bacaan yasin dan solat hajat di surau.

Baiklah, cerita panjang-panjang pun tak best mana pun penceritaan semula kak Rena. Boleh la search kat You Tube untuk tayangan penuh. Memang best sangat untuk penggemar cerita melayu macam kak Rena dan anak-anak kak Rena ni haa. Semacam valuable moment la bagi kami bila dapat tonton sama-sama😍😘

Hehehe, terima kasih tau baca sampai habis ni. Jangan lupa tinggalkan komen nohhh 😀

Artikel menarik untuk anda:

Review: Dumbo

Review: Dumbo

Dumbo adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Walt Disney yang diadaptasikan daripada versi animasi sekitar tahun 1941. Ramai juga rupanya duk…... Baca selanjutnya »

Cinderella, Kisah Tak Lapuk Dek Zaman

Cinderella, Kisah Tak Lapuk Dek Zaman

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera.Terpanggil kak Rena untuk berkongsi cerita teladan daripda kisah Cik Cinderella melalui movie yang ditayangkan…... Baca selanjutnya »

Filed Under: Review, Umum Tagged With: cerekarama tv3, kelakar, telemovie tv3, tv3

Previous Post: « Kerja Terlebih Kuat Tanda Kita Tak Bersyukur?
Next Post: Colmar Tropicale: Pencinta Alam Semulajadi Wajib Datang Sini. »

Reader Interactions

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

Primary Sidebar

Recent Posts

  • Spaghetti Bolognise Dari Dapur Ami
  • Insentif Trip Percuma
  • Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • From Bali With Luv
  • Jadilah Diri Sendiri Bukan Orang Lain

Recent Comments

  • Fariza on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Nur razaiwanee on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Atiqah on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Hazriq Hassan on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway
  • Fauziah Hashim on Kerjaya Sales Bersama Platform Coway

Archives

  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019

Categories

  • Family
  • Impian Hidup
  • Kisah Masyakat
  • Masakan & Makan
  • Personal
  • Review
  • Sales Tips
  • Travel
  • Umum

Meta

  • Log in
  • Entries RSS
  • Comments RSS
  • WordPress.org

Copyright © 2021 Kak Rena on the Foodie Pro Theme