Pisang adalah sejenis buah dan ubat adalah suatu bahan yang diperlukan untuk mengubati penyakit. Jadi apakah perkaitan antara pisang dan ubat ini?
Mengimbau kenangan di zaman sekolah menengah dahulu, kak Rena dan kawan-kawan menetap di asrama. Jadinya kadang kala kami diberikan oleh warden vitamin sebagai supplemen yang dibekalkan oleh jabatan kesihatan daerah ketika itu.
Vitamin jenis apa dah tak ingat sangat. Makanya dari sini episod telan-telan ubat yang bentuk pil bermula. Yer ler masa zaman kanak-kanak, bila demam ubat jenis cecair sirap yang diberikan oleh doktor. So tinggal nak minum ngan sudu sahaja.
Jadinya bila nak menelan pil vitamin tadi ni, baru lah sedar rupanya kak Rena pesyen penakut telan ubat. Dah cuba telan, pil keluar balik bersama air minum. Walaupun dah letak di hujung lidah belah dalam tu, masih dia ikut keluar bersama air. Uh uh uh. Siap rasa nak termuntah.
Bila keadaan ini berlarutan, banyak pil dah dibazirkan, ada seorang kawan beri pendapat untuk telan bersama pisang. Caranya adalah sorokkan ubat tadi di dalam pisang. Makan sedikit pisang tadi dan terus telan bersama pil.
Fuhh, lama kelamaan bila dah dewasa, bila dah mencuba banyak kali setiap kali demam atau sakit, akhirnya dah boleh telan tanpa pisang. Cuma kadang-kadang jer kalau melibatkan pil yang bersaiz besar, ia ikut keluar sama air minum.
Hal nya sekarang berlaku pada anak bujang kak Rena pula😅. Aduss, like mother like son, Abam Shakir pun alami sindrom takut nak telan obat. Aduh duh duh.
Ami pernah guide dia betul-betul teknik nak menelan ubat dengan berkesan satu hari tu, namun tidak berjaya. Dua tiga ketul panadol telah dimuntahkan kembali bersama air. Oh oh anak! Kenapa ikut ami part ini. Awak lelaki, kena berani!
Siang tadi kak Rena bawak pegi klinik atas masalah kesihatan. Doktor pun nak tergelak bila Abam Shakir request nak ubat sirap. Alamak umur dan berat kamu dah tak releven dengan ubat sirap. Kelakar pun ada 😀
Jadinya untuk Ami tidak paksa-paksa Abam Shakir cuba telan ubat cara biasa, sempatlah pergi carik pisang kat kedai-kedai sekitar tempat tinggal kami ni haa. Alhamdulillah sib baik ada dijual. Lega sangat.
Yer betul sangat, Abam Shakir begitu kompiden menelan ubat dengan pisang. Its ok, Ami paham rasa dan ketakutan awak nak telan ubat cara biasa. Sebab Ami pun camtu dulu-dulu.
Buat para ibubapa diluar sana yang ada tips bagaimana nak bagi anak-anak terer nak telan ubat jenis pil boleh la tinggalkan cadangan atau tips diruangan komen ya. Kak Rena sangat menghargainya.☺️
Leave a Reply