Assalamualaikum, Salam Sejahtera.
Hari ini suka Kak Rena untuk berkongsi suatu yang sangat sedap, ranggup dan tak menyesal membeli dengan semua. Siap teringin nak repeat order lagi!
Bawang goreng! Kak Rena pasti ramai yang kat luar sana menggemari bawang goreng. Kegunaan bawang goreng ini adalah sebagai penambah rasa dan juga suatu bentuk persembahan untuk masakan yang dihidang.
Antara menu yang biasa sedap sangat di tambah bawang goreng adalah nasi / mihun / mee / kuew tiaw goreng, segala macam jenis sup dan sebagainya.
Biasanya kita beli yang dijual kat kedai adalah buatan kilang yang rasa dia agak kurang sedap. Kadang bila dibuka plastik, keadaan bawang sudah lemau dan tak ranggup. Ada juga yang struktur bawang sangat tebal dan tidak menyelerakan.
Penggemar bawang goreng pastinya tercari-cari pembekal dan jenama bawang goreng yang diimpikan. Bak kata orang, nak berbelanja biarlah untuk sesuatu yang berbaloi.
Perkenalkan jenama bawang goreng yang sangat sedap dan ranggup iaitu Bawang King. Sesuai dengan namanya. Hanya berharga RM 12 untuk satu balang. Bagi sesetengah individu, harga ini agak mahal namun ianya sangat berbaloi dengan kualiti buatan, kesedapan dan keranggupannya.
Bawang King punya buatan sangat halus struktur potongan bawangnya. Rasanya pun memang segar dan sangat ranggup. Ini sangat penting sebagai penambah rasa makanan utama kita.
Jangan terkejut sekiranya kak Rena bagitahu, ada rakan office kak Rena makan macam gitu jer sambil buat kerja. Fuhhh, sedap sangat tu! Dia punya packaging pun menarik. Simple dan bekasnya boleh digunapakai balik untuk isi bahan kering di dapur.
Kak Rena berkongsi ini bukanlah kak Rena salah seorang agen atau kak Rena punya bisnes. Bawang King ini kepunyaan isteri kepada salah seorang rakan sekerja kak Rena. Bila tengok ramai yang order, kak Rena pun terjebak sekali.
Ternyata memang tak salah buat pilihan. Sangat berpuas hati setimpal dengan harganya. Bak kata orang biar kita spend lebih sikit untuk sesuatu yang berbaloi baloi.
Buat sesiapa yang nak mencuba juga. Boleh hubungi nombor pada sticker yang dilekatkan pada balang ini ya.
Terima kasih banyak Kak Sarena sudi bagi review untuk Bawang King! InsyaAllah kami akan sentiasa kekalkan kualiti kesegaran serta kuantitinya. Produk muslim dan sudah semestinya HALAL.
Untuk tempahan, boleh hubungi isteri saya Ummi di talian 012-2745170
Terima kasih.