Dumbo adalah sebuah filem yang diterbitkan oleh Walt Disney yang diadaptasikan daripada versi animasi sekitar tahun 1941. Ramai juga rupanya duk ingat filem yang sedang ditayangkan di panggung wayang ini juga versi animasi.
Rupanya bukan versi animasi ya kawan-kawan. Kali ini, ia melibatkan kisah “live action” antara haiwan hidup dan manusia. Jalan cerita pun diubahsuai sepenuhnya oleh pengarah filem Tim Burton yang sangat terkenal dengan filem-filem fantasi.
Dumbo mengisahkan seorang pengusaha sarkis, Max Medici yang berusaha sedaya boleh untuk mempersembahkan pelbagai watak sarkis dan haiwan terlatih demi menarik masyarakat setempat untuk datang menonton. Kiranya Max ini ada bisness sarkis lah. Hehehe
Setiap kali ada persembahan ada sahaja masalah dan kekurangan yang dihadapi. Tambahan pula diketika itu, ada seekor gajah yang sedang menunggu masa untuk beranak.
Hampir semua orang menantikan anak gajah yang bakal dilahirkan, kot kot boleh dijadikan tarikan yang lebih an menarik untuk bisnes sarkis Max Medici.
Bila lahirnya anak gajah, Max sangat terkejut bila melihatkan ia tidak seperti gajah-gajah yang lain. Ada sedikit kecacatan bila mana kedua belah telinga anak gajah ini sangat besar dan meleret sampai ke tanah. Hihihi nampak kelakar dan comel.
Jalan cerita menjadi suspen dan menarik bila mana diselit dengan watak Holt Farrier bersama dua orang anaknya yang merupakan pemain sarkis dengan tugas & peranan tertentu dalam bisnes sarkis Max.
Hampir semua orang kecewa dengan kelahiran anak gajah cacat terutama si Max pemilik sarkis yang mula menyalahkan pihak yang menjual ibu gajah yang melahirkan, menyebabkan ibu gajah dipulangkan semula dengan bayaran tertentu.
Keadaan sangat kelam kabut, nampak struggle si Max duk memikirkan bagaimana perlu diselesaikan untuk pertunjukan sarkis yang bakal berlangsung. Tokey bisnes macam itu lah kan. Kena banyak fikir😅
Dalam kekalutan itu, dua orang anak holt cuba mendekati anak gajah yang diberi nama Dumbo dan cuba melatih untuk kenalpasti kelebihan yang ada pada Dumbo. Ternyata mereka menemui sesuatu yang istimewa!!!
Waahhh, Dumbo rupanya ada kelebihan yang mana secara tak sengaja terhidu bulu ayam yang masuk ke dalam belalainya, dan dengan tak sengaja sambil bersin, Dumbo dapat terbang di ruang udara. Namun peringkat awal hanya sekejap-sekejap dan kerap jatuh ke tanah.
Wow!! Anak-anak Holt sangat gembira lantas menceritakan kejadian yang berlaku. Ternyata bapanya dan juga Max sukar untuk mempercayai penjelasan mereka. Agak kecewa namun mereka tekad untuk buktikan pada semua bahawa Dumbo ada kelebihan untuk terbang.
Apa terjadi selepas itu?? Ikuti sambungan penceritaan semula kak Rena kisah Dumbo si Gajah Terbang. Cerita ini sangat menarik, sesuai untuk tontonan pelbagai peringkat umur. Kak Rena secara tak sengaja pun pegi menonton sabtu malam yang lepas.
Adik kak Rena ajak kami ramai-ramai untuk tonton filem Marvel. Namun malam tu, tak ada pula tayangan filem itu. Maka dah alang-alang sampai, kami menonton Dumbo. Memang menceriakan, pakat duk gelak jer setiap kali ada babak kelakar. Si kecik-kecik pun ikut gelak sama.
Filem Dumbo ini ada unsur cemas, kelakar, kemanusian dan kisah hubungan baik dengan alam haiwan. Banyak pembelajaran dan pengajaran dapat diperolehi daripada filem ini. Kisah tamak dalam bisnes pun ditonjolkan menyebabkan akibatnya adalah kepada kemusnahan. Nantikan sambungannya ok!
Leave a Reply