Pada masa kini, rumah jenis pangsa seperti servis apartment dan kondominium kini bertumbuh bagaikan cendawan di kebanyakan tempat terutama di ibu kota Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.
Kenapa ya? Kerana kawasan ini sepertinya sudah kekurangan tanah menyebabkan ia pesat dibangunkan dengan pelbagai ketinggian bangunan.
Para pemaju projek pembangunan pula menawarkan pelbagai rekabentuk bangunan dan unit rumah itu sendiri yang dilengkapi dengan pakej kemudahan atau “facilities” yang unik dan menarik mengikut citarasa para bakal pembeli rumah.
Apa tak nya, makin wow kemudahan yang disediakan, makin tinggi jugalah harga jualan unit rumah yang tawarkan. Kalau di kawasan sekitar Kuala Lumpur ini harganya adalah bermula dari RM 350 ribu per unit dan boleh mencecah sehingga lebih RM 900 ribu per unit.
Fuhh, kalau rumah kat kampung, dbina dengan harga lebih RM 900 tibu, dah boleh dapat keluasan dan rekabentuk bak istana dah ni. Hihihi, tapi itulah. Kawasan & taraf kemajuan tidak sama menyebabkan harga rumah pun berbeza.
RUMAH BELIAN PERTAMA
Kak Rena ini bukanlah pandai sangat pun nak menghurai topik properti ini. Selepas cubaan berani “test power” statement income kak Rena yang kak Rena masih bertahan kukuh (in sya allah dengan izinNya) ini, loan rumah pertama kak Rena diluluskan dengan jayanya.
Agak terkejut dan terkesima kerana harga rumah tersebut dalam RM 721 ribu yang mana belum pernah termimpi sepanjang hidup kak Rena dapat membeli sebuah rumah. Hanya terjadi selepas bertukar platform yang betul-betul boleh membawa kak Rena kepada banyak perubahan dalam hidup.
Nampak kan, betapa pentingnya memilih platform yang betul untuk mencapai impian hidup kita. Kawan-kawan kak Rena di luar sana pun lebih daripada boleh aihhh nak berjaya mencapai impian kalian.
LAKEVILLE RESIDENCE
Sekitar awal tahun 2015 yang lalu, setelah membuat pertimbangan dalam banyak faktor, kak Rena dan suami tekad untuk memilih Lakeville Residence. Selain rekabentuk rumah, kami tertarik dengan pakej kemudahan yang bakal disediakan.
Keadaan seperti begitu pantas mula dari hanya melihat display bangunan yang bakal dibangunkan sehinggalah membawa kepada acara tandatangan dokumen penting setelah melalui beberapa proses yang kak Rena sendiri pun sudah lupa 😅.
Rekabentuk unit rumah yang kami pilih rak der lah besar sangat iaitu 1233sq ft sahaja. Namun bukanlah berkenaan rumah, kak Rena nak ceritakan. Kak rena nak bercerita tentang bahagian kenudahan yang disediakan oleh pihak Mah Sing buat pembeli projek rumah Lakeville ini.
Yer la kan, blok yang kami pilih dulu baru nak dapat kunci dan kawasan “facilities” kini hampir 99% siap tinggal nak jaga part penyelenggaraan sahaja agar ia terjaga dengan baiknya.
Pada masa kini penghujung tahun lepas kak Rena dan keluarga telah pun berpindah di sini dengan menyewa unit rumah di blok yang telah siap. Jadi dapat lah melihat sendiri perkembangan bahagian “facilities” yang asal nya hanya satu bahagian di buka.
Kini semua bahagian telah buka dan kak Rena begitu teruja melihat bahagian air terjun dan hutan rimba buatan. Kalau sebelum ini hanya melihat melalui video promo dari pihak pemaju, kini benar-benar ada depan mata. Alhamdulillah syukur rasanya.
Kak rena kongsikan suasana malam di rimba buatan yang terletak di level 7 bahagian “facilities” LakeVille Residence. Haaa, ini baru nak cerita part rimba! Panjang benor mukaddimahnya 😀
Rimba ini membawa maksud bila adanya pelbagai jenis pokok dan tumbuhan yang dapat mendamaikan mata dan hati. Cewaah. Ramai orang sanggup perlu ke suatu tempat keluar dari kesibukan kota untuk mencari environment hutan rimba.
Kerana itu lah atas kebijaksanaan pemikiran para usahawan properti ini mengambil pendekatan untuk menyediakan kemudahan rimba buatan yang kelihatannya seperti benar-benar berada di dalam persekitaran rimba yang dipenuhi dengan ion-ion negetif yang menyegarkan.
Waahh, kak Rena kongsikan ini bukan apa, mana nak tau kan, boleh beri sedikit idea untuk kawan-kawan buat pilihan rumah yang bagaimana kalian nak pilih sekiranya ingin menetap di ibu kota Kuala Lumpur ini.
Memilih rumah yang pesyen tinggi-tinggi ini, memang leceh dari segi parking, namun dari aspek keselamatan ia lebih terjamin. Mana tak nya access card sana sini, bila tertinggal kad, berhuhu lah kita. 😅
In sya Allah ada kelapangan, kak Rena nak bercerita tentang satu properti yang terletak di Bangsar yang sangat super ummpp rekabentuk dan kemudahan yang siap sedia diberikan. Kak Rena pernah bertandang 2 kali dan rumah itu kepunyaan customer kak Rena.
Kiranya teringatkan rekabentuk rumah serta harga rumah beliau tu, boleh menjadi motivasi kuat dan besar untuk kak Rena kerja lebih kuat. Mana tak nya harga rumah tersebut bermula dari RM 4 juta lebih. Gulppp.. telan air liur jap! Nantilah kak Rena bukak cerita detail yaaaaa😍
Wah bestnya dapat beli rumah mcm ni, dah ade aset mcm ni rasa selesa dah. Dgn cukup facilities, security pun terjamin. Kalau dah kahwin nnti takdelah risau nak tinggal kan wife hehe