Bercerita tentang sabar, lawannya adalah tidak sabar serta kurang sabar. Sabar membawa erti menahan diri terhadap sesuatu yang membuatkan timbulnya perasaan cemas, marah dan seumpamanya.
Sabar ini perlu kena dengan situasi yang sedang melanda. Sabar terhadap perkara yang sulit akan menjadikan seseorang lebih kuat dan tabah mengharungi ujian.
Walaubagaimanpun, sabar terhadap sesuatu yang baik dan patut diamalkan segera sangat tidak bagus. Seolah ia menyekat potensi diri untuk pergi lebih jauh dalam sesuatu bidang yang diceburi.
Dalam Islam, Allah menyukai orang-orang yang sabar iaitu orang-orang yang dapat menahan diri dari kemarahan lantas mengucap istighfar banyak kali untuk menenangkan hati sendiri.
Dalam kehidupan kita sehari-harian, pastinya ujian dan dugaan datang bersilih ganti. Kita tak kacau orang, mungkin ada orang lain yang suka melaga-lagakan kita. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita.
Sebagai seorang yang menjadi mangsa keadaan, sabar adalah pilihan terbaik. Namun, ramai jugak yang menegakkan kenyataan bahawa sabar itu pun ada had nya. Haaa hat ni, memang kemuncak kesabaran telah berlaku. Jika tidak dapat dibendung, maka meletuslah segala apa yang terbuku di dada.
Kesan buruk dari tidak sabar, akan berlaku pertelingkahan dan pelbagai perkara yang tidak diingini sampaikan boleh menyebabkan pertumpahan darah. Nauzubillahi min zaalik. Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada berguna lagi. Semoga dijauhkan dari perkara seperti ini.
Semoga juga kita semua tergolong dalam kalangan orang-orang yang sabar. Wallahuallam.
Leave a Reply